Thursday, June 10, 2010

Satu Malaysia di Aur Cina

AUR CINA, satu nama kampung berdekatan bandar Pasir Mas, Kelantan. Tak ramai yang sedar kewujudannya. Walaupun namanya Aur Cina, penduduknya 100 peratus Melayu Islam. Tak ada seorang Cina pun di situ. Apalagi India. Aur Cina hanya menggambarkan kewujudan banyak buluh cina di tepi tali air dan sawah.

Semangat kampung masih wujud di Aur Cina. Selasa lepas semasa ayah (mentua) mengadakan majlis kahwin dan menyambut menantu, semangat kerjasama sekampung masih dapat dilihat di sini.

2 pikul daging sama-sama disiang. Caterer belum boleh cari makan di sini.



2 pendekar (Iwa dan Jehe) sedang beraksi. Gelanggang di sinilah yang telah dihijack oleh Sang Katak Purba dulu dengan umpan 2 ekor lembu. Dibantu oleh media pencuci najis cap kaki tiga.

Di gelanggang ini jugalah Tajol Rosli mantan MB Perak terpaksa menunggu untuk berucap semasa kempen PRK Pengkalan Pasir dulu. Hasilnya Tajol Rosli pulang tanpa dapat berkata apa-apa kerana semua orang terutama anak-anak tuan rumah naik angin.



Pengantin baru sedang meringankan tulang (volunteer) dengan dibantu oleh seorang pemuda yang sangat rajin, juga menantu kepada penduduk Aur Cina.



Kedamaian waktu Maghrib di Aur Cina.



Tali air KADA yang mengalir lesu. Tempat orang mencari etak.

12 comments:

  1. salam cikli,
    Rendahnya pengetahuan abah, walaupun anak pasir mas tetapi tidak pernah tahu wujudnya kampung ini... apape pun semoga ia menjadi penyumbang kepada kejatuhan ibrahim ali nanti...

    Wow... blog berwajah baru!

    ReplyDelete
  2. wakaka...pengantin kena basuh periuk dan kawah adalah tradisi di Kelate. Minggu lepas biras baru ambo pun kena basuh kawah jugok...

    ReplyDelete
  3. abah, aur cina dibayangi slow machang dan bunut susu. brahim tak laku di sini ..

    ReplyDelete
  4. sano,
    tak tahu pulak ambo tradisi begitu. ambo dulu tak kena haha.
    kalu demo maghi ambik gambar molek hari tu, ada silat, ada tomoi, ada kick boxing.

    ReplyDelete
  5. rasanya tradisi "pajam" pengantin br lg di kelate. tok tuo dok saye menantu jah hok buat :)

    ReplyDelete
  6. Mujur ler masa aku tak acara makan ccolek...

    ReplyDelete
  7. hahaha...
    menatu kena pajam tu bukan toktuo suruh, toktua tgk senyum mewek jah...
    biasanya ipar2 n biras2 yg paksa basuh kawah dan buat housekeeping lepas bekwoh.

    hahaha

    ReplyDelete
  8. ayohnik, biar maintain natu, jange jd nate.

    ReplyDelete
  9. sano, patutnya biras buat sama-sama

    ReplyDelete
  10. Meli.. tringat maso mu nikoh dulu - PAQ

    ReplyDelete
  11. PAQ, aku pong surprise maso tu weh...lamo tak menjelma?

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...