Suatu hari yang indah, aku ditugaskan untuk berceloteh berkenaan amalan kerja yang baik untuk keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan di alam fana ini kepada sekumpulan kakitangan suatu organisasi.
Diakhir sessi, aku membuka ruang untuk persoalan.
Salah satu soalan datangnya daripada seorang bro yang duduk di belakang sekali. Dengan nada dan gaya loyar (buruk) dia bersoalan,
"Encik, macam mana dengan orang kita yang kena ketik (gigit) peringat (tebuan).... Apa kesannya pada kita," soalannya disusuli gelak rakan-rakan sekeliling. Aku bukannya pakar gigitan serangga.
"Kalau kena ketik peringat, cumur (sapu) sahaja dengan air kencing," jawab aku dengan diiringi oleh gelak yang lebih kuat terutama oleh bro si penanya. Tapi sebenarnya, itulah petua orang tua-tua yang aku telah dengar dan telah amalkan.
"Taik idung pun orang sapu juga," aku menambah bila ketawa sudah reda. Dan ketawa itu bermula semula.
Aku bukan nak cakap besar. Sebenarnya dalam bab-bab loyar buruk ni aku tak heran sangat. Sebab itulah aku tak pernah kagum dengan hujah Zulkulim, Zahrain, Brahim Ali, Bung Mokhtar, Samy Vellu, Wee Choo Keong, Shafei Afdal.... Kalau sorang sama sorang, kat kedai kopi, tak aci guna kuasa, aku lipat senang-senang je kalau berhujah bodoh tanpa fakta macam mereka tu.
salam cikli,
ReplyDeletesedar tak sedar parlimen kita sudah dikuasai oleh loyar-loyar buruk.
ha.ha..
ReplyDeletekesian budak2 yang belajar law xdapek peluang nka jadi lawyer sebab dah banyak loyar..
yang paling best Ismail Sabri saran rakyat tanam sayur sendiri elak kenaikan harga di pasaran.
gitu gak, kita kena tanam gandum la kan? nak kisar wat tepung nt....
abah,
ReplyDeletemalang sungguh kalau begitu.
puteri,
ReplyDeleteelok tanam gandum. tiba-tiba ada coklat meteor yg besar cair di ladang gandum. jadilah coco-crunch yg hebat...
cikli -->>
ReplyDeletesempat lagi wat iklan promosi sini
:P