Friday, December 10, 2010

Menceriakan Anak-Anak di Zoo Kemaman


Anak-anak teruja untuk melihat binatang. Tetapi Salsa semacam tak berminat je. Kenalah aku mencari jalan untuk menceriakan suasana hutan ini.


Kami nampak burung botak yang moyok yang menyewa bersama anak kambing.

"Wahai burung botak, kenapa engkau nampak moyok dan bersedih?" Aku bertanya ala-ala lakonan di atas pentas teater.
"Kerana aku tak lulus SPM," jawab burung botak. Diikuti hilai tawa anak-anak. Ketawa Salsa yang paling tinggi decibelnya.

"Mengapa kandang beruang ada mozek, kandang binatang lain tak ada pun..." Aku bertanya anak-anak.
"Sebab dia sejuk," jawab Yong.
Yang lain terdiam, tiada jawapan.
"Sebab dia ber wang," aku memberi jawapan.
Masing-masing belum faham kecuali Yong.
"Sebab dia berwang, berduit, jadi dia boleh beli mozek dan upah orang pasang..." Aku mendetailkan jawapan.

Ha ha ha....
Asalkan Salsa ceria, cukuplah buat abah...

3 comments:

  1. salam cikli,
    sungguh... bila anak ceria, kita turut ceria.

    ReplyDelete
  2. salam abah,

    ibu ayah dulupun sedaya upaya membahagiakan saya dalam serba kekurangan.

    ReplyDelete
  3. usahkan anak abah..
    bukan anak abah dan kawan abah pun boleh tersenyum dengan lawak jenaka dari abah tu..
    :D
    :)

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...