Saturday, November 13, 2010

4 Biji Panadol Dari UiTM


Hari ketiga aku di Uitm Shah Alam, kepala terasa panas. Perut pula rasa semacam.


Semasa break minum, aku merapati seorang makcik cleaner.


"Mak cik, di sini mana saya boleh beli panadol?"


"Panadol ya.... Tunggu di sini ya," jawabnya dalam telor Indonesia, lalu berlalu dari situ.


Selang seminit dia muncul semula dengan 4 biji panadol. Aku agak itu mesti dari simpanannya sendiri. Apabila dia nampak aku membuka dompet, cepat-cepat dia berkata,


"Tak payah, tak payah.... Jangan nak. Ambil saja..."Bersungguh-sungguh dia.


"Kalau macam tu, saya ambil 2 biji saja lah..." Kataku.


"Ambil semuanya, ambil saja nak...di situ airnya. Gelasnya ada di situ," dia masih mahu berbudi padaku.


"Takpa la mak cik, dah ada. Terima kasih ye...."


Jika semua orang jujur dalam menolong..... 4 biji panadol yang diberikan secara ikhlas rasanya lebih besar dan bernilai daripada geran tanah yang diagihkan semasa pilihanraya. Semoga makcik cleaner di Uitm ini Allah ganjarkan sebesar-besar nikmat di akhirat kelak. Amin.

7 comments:

  1. ada waktunya benda simple tp terlalu bererti...:)

    ReplyDelete
  2. toru,

    masih terbayang wajah ikhlasnya.

    ReplyDelete
  3. pernah juga terjumpa dengan orang yang baik yang membantu walau tidak diminta, juga ditolak, tapi dia masih ingin menolong..
    dia non-Muslim.
    lelaki,. pangkat uncle mungkin?

    ReplyDelete
  4. bagus makcik tu..kim slm kat makcik tu..

    ReplyDelete
  5. puteri,
    kalau non-muslim, pastinya bukan mic atau mca.

    ReplyDelete
  6. tuan pencacai yang alim,

    ambo 3 hari je di uitm...ada hal.

    ReplyDelete
  7. En. Pencacai nak suh gi lagi la tu.. :D

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...