Saturday, November 27, 2010

Wet Wet Wet Yet Dry



Bumi Chendering dibasahi hujan sedari tadi. Memang begitu kebelakangan ini dan sememangnya beginilah cuaca negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung pada penghujung setiap tahun seperti yang diajar di sekolah.


Suasana basah di luar alangkah baiknya jika begitu juga situasi dalam kepalaku. Sudah 2-3 hari aku memikirkan posting yang menarik untuk blog oren ini, tetapi segalanya kering.


Berbagai cara dan gaya telah aku lakukan dan jalani, tetapi hampa. Kucuba baring di katil untuk mencari idea, hasilnya aku terlena sampai ke subuh. Ku buat kopi kaw untuk mencairkan otak, hasilnya zulmat. Kupakai topeng superhero untuk menimbulkan semangat, buahnya hanya lawak. Apa lagi yang perlu ku cuba ?


Aku perlu jua untuk menghidupkan blog oren ini, agar ianya terus dinamik dan mengalir. Ibarat air dari perbukitan di Galas yang mengalir dan mengairi sehingga ke Pulau Kundor dekat PCB.


Walaupun kering idea, aku perlu mengadakan sesuatu seperti yang berlaku kepada seorang budak sekolah yang telah disuruh membuat ayat daripada perkataan ‘makan’ oleh gurunya. Oleh kerana kebanyakan murid lain telah membuat ayat-ayat mudah dengan perkataan ‘makan’, budak ini yang duduk di meja belakang sekali seakan tiada modal dan kehabisan ayat untuk membuat ayat dengan perkataan ‘makan’. Walaubagaimanapun, dia tetap berdiri dan terus berlagak macam monster.


“Makan budakkkk.......”

5 comments:

  1. makan?
    makan-makan
    makan malam
    makan hati
    makan dalam
    makan free
    jalan2 cari makan
    :)

    ReplyDelete
  2. puteri, ayat saya,
    "Dia masih dipanggil yang berhormat walaupun selalu makan rasuah"

    ReplyDelete
  3. hohh...
    sedap tu..
    tapi bahaya gak..
    untuk budak sekolah silap2 dapat FAILED cikgu,,.,..

    ReplyDelete
  4. salam cikli,
    bagi saya blog oren ni telah menghidangkan makanan yang terbaik untuk disantap. dengan menu yang lain dari lain membuatkan abah amat jelira menikmatinya. tahniah cikli!!!

    ReplyDelete
  5. abah...
    terasa kenyang pulak makan pom

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...