Tuesday, November 23, 2010

300K, Banyak Ke Sikit ?


Akhirnya ada pegawai Yayasan Selangor yang ditangkap berikutan budget Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 40 yayasan itu. Majlis itu dikatakan menelan belanja melebihi RM300K.


Aku bukan orang kaya. Dalam akaun jangankan RM300K, RM3K pun tak boleh maintain melebihi 2 minggu. Tetapi bagi aku RM300K untuk majlis sambutan ke-40 Yayasan Selangor adalah logik dan rasional.


Diberitakan, 200 orang VIP akan menghadiri majlis itu termasuk Sultan Selangor. Ditambah lagi dengan 2000 hadirin lain. Cuba kiralah, makanan sahaja berapa RM satu kepala. Kepala VIP lain, kepala bukan VIP lain. Kita yang dikira cikai dan bangsat ini pun, kalau makan buffet kat hotel, kena RM80 satu kepala. Budak yang gigi susunya belum kuning pun hotel sudah caj RM36 satu kepala.


Jadi cubalah anda congak.


Itu baru makan. Tempatnya, persiapannya, upah orang itu-ini, transport, kos itu-kos ini. Jadi apalah cerita RM300K ini ? Kalau Noh Omar yang arrange, atau Khir Toyo yang jadi caterer, entah berapa pula kos yang terlibat.


Sejak bila pula orang kita jadi begitu cermat sampai begini ?


Pernahkah kita melolong berapa kos yang dibelanjakan apabila PM baru atau MB baru nak masuk kediaman rasmi mereka.


Pernahkah kita histeria apabila Ng Yen Yen yang tua itu membelanjakan 1.28 hingga 1.58 juta RM untuk perjalanannya ke luar negara kerana katanya mempromosikan Malaysia antara Januari-Oktober tahun ini?


Pernahkah kita terkesima dengan kos yang kerajaan Idris Jusoh gunakan untuk servis proton Perdana?


Setidak-tidaknya pernahkah kita terkejut beruk dengan gaji CEO Syabas yang banyak membodohkan diri sendiri kebelakangan ini iaitu RM425,000.00 sebulan?


Harga cicak gecko pun khabarnya melebihi RM1,000,000.00 sekilo.....

7 comments:

  1. salam cikli,
    buat kita orang tak kaya ni, banyak la... buat puok demo tu, lekat celah gigi jah!

    ReplyDelete
  2. salam
    kalau makan makan banyak tu..kata orang perak
    mentakedarah mencekek kenanar

    ReplyDelete
  3. kalau cikli rm3k belum tentu
    saya rm300 pun belum tentu..
    hu...

    ReplyDelete
  4. abah, brutal, puteri,
    pendakwaan terpilih....it's about who, not what.

    ReplyDelete
  5. aah kan..
    macam yang cikgu cerita pasal makan semeja tu..
    lauk sama.. tapi kalau dua golongan yang berbeza..
    persepsi yang diterima @ yang diberi juga berbeza

    ReplyDelete
  6. puteri,

    cikgu tak tahu samada awak dah terlebih bijak atau telah dibrainwash oleh saya...hahaha...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...