Saturday, October 30, 2010

Juru Kunci Gunung ???



Jurukunci gunung sememangnya bukan seorang tukang pembuat duplicate kunci di pekan Gunong, Bachok, Kelantan.

Aku hanya tiba-tiba menjadi tahu akan istilah ini melalui berita TV semalam. Apa...? Tanyaku, seakan-akan tak percaya dengan apa yang keluar dari mulut pembaca berita. Apa lagi mulut pembaca berita itu sering menuturkan berita-berita propaganda dan jahat sejak dahulu lagi terutama di musim adanya pilihan raya kecil seperti di Galas atau Batu Sapi sekarang.

Selama ini aku hanya mengetahui ada penjaga gunung hanya dalam kisah dongeng sahaja melalui lagu rakyat.... Puteri Santubung, Puteri Sajinjang, Penjaga gunung Negeri Sarawak....

Setelah digoogle dan diyahoo, rupanya, terutama di Indonesia terdapat istilah jurukunci gunung. Apa kelayakan mereka tidak pula aku ketahui. Yang popular semestinya arwah Mbah Maridjan yang ditemui mati dalam keadaan bersujud apabila Gunung Merapi di Jawa Tengah meletus lagi.

Nama Mbah Maridjan menjadi popular semula apabila Gunung Merapi menunjukkan tanda-tanda mahu meletus lagi dan akhirnya meletus pada 26 oktober 2010. Kali terakhir ia meletus ialah pada 15 Mei, 2006, setelah meletus melebihi 60 kali sejak gunung ini dicipta Allah S.W.T di situ sejak lebih 400,000 tahun lalu. Mbah jadi popular kerana dia adalah jurukunci Gunung Merapi yang dilantik oleh Sultan.....payah benar nak eja nama sultan ini..... Tapi sah bukan Susilo Bambang Yudhoyono, Presiden Indonesia yang melantiknya.

Banyak lagi penjaga-penjaga gunung di Indonesia seperti Gunung Kelud yang jurukuncinya adalah Mbah Ronggo. Di tempat kita, tidak pula aku tahu wujud atau tidak jawatan ini. Yang pastinya sekitar kawasan Gunung Jerai, Gunung Ledang, Gunung Kinabalu ada JKKK atau autoriti yang menjaga, terutama membuat kutipan tiket bagi setiap kenderaan yang masuk mengunjung. Mungkin juga kerana gunung-gunung di tempat kita bukan gunung berapi. Oleh itu tak perlu penjaga...

Yang tak sedapnya, ada acara-acara ritual yang dibuat untuk kononnya mengelakkan gunung-gunung ini mengeluarkan bencana. Tak sedap kerana kita orang Islam. Mempercayai ada kuasa lain selain Allah yang dapat memudaratkan kita adalah dosa besar. Mensyarikatkan Allah adalah dosa yang tidak terampunkan.


Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (Al-Ahzab 72).

Wallahu a’lam.

P/S- Cukuplah kita hanya ada penjaga mohor besar.

2 comments:

  1. Antara sebab Allah menurunkan bala ialah kerana menusia mensyirikkan Allah.

    Mantapkan Aqidah !!

    ReplyDelete
  2. penjaga gunung berapi?
    wah.. guane nak apply jawatan tu?
    :)

    tak ada salahnya kalau berdoa mhon spaya gunung itu kurang meletusnya.. tapi kalau berdoa kepada selain Allah dan cara yang salah.. ermm.. khuatir makin mengundang padah pula buat saudara2 kita di sana..


    ♥♥♥ Entry Puteri Terkini:
    "Gomo Kelate Gomo!t"

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...