Sedang elok Mak Tom siap menggoreng ikan kembong seekor, seorang tetamu dari jauh datang. Terus mak Tom memujuk adik, anaknya yang sedang lapar dan menunggu di depan nasik dingin kosong.
“Dik, ikan ni kita angkat bagi ke tetamu ye”
“Tak nak, adik nak ikan…” adik memuncung.
Mak Tom resah. Ikan hanya ada sekor, telor tak ada (kalau telur ada boleh juga makan nasik anjing! – nasi telur rebus). Takkan nak jamu tetamu dengan nasik kosong… tetamu jauh tu.
“Dik…nanti dia makan sebelah je. Bila dia habis makan. Sebelah lagi adik boleh makan. Adik sayang mak kan….” Mak Tom masih memujuk anak kecilnya.
Adik mengangguk lemah.
Dari dapur adik perhatikan ikan kembong yang dinanti sedari tadi dihidangkan untuk tetamu jauh mereka. Mata adik tak berhenti perhatikan si tetamu makan bersama ayahnya. Ayahnya adik lihat asyik menambah sayur kangkung tanpa menyentuhpun lauk ikan kembong. Hanya si tetamu yang ralik menjamah ikan kembong. Berselera sekali dia. Nasik dingin panas semula, ikan kembong seekor dan sayur kangkong belakang rumah. Pasti dia lapar betul, maklumlah tengah matahari panas ceng-ceng baru sampai dari jauh.
Ayahnya sudah membasuh tangan. Si tetamu menambah nasik dan tiba-tiba membalikkan ikan kembung goreng setelah isi di sebelah atas habis. Adik terus bersuara deras dari dapur.
“Makkkkk….dia dah balik!”
Si adik menangis.
Si emak sebak terkedu.
Si ayah faham.
Si tetamu kehairanan. Dalam hati, siapa pulak nak balik ni? Kan tadi tuan rumah ajak aku tidur sini malam ni?
.
sebuah cerita tragis, iskh, iskh, iskh
ReplyDeletesalam eidul fitri garam
kulli am wa antum bikhair
tetamu tu pun agak2 la
Banyak2 berzakat bulan yang mulia ni.
ReplyDeletetuan asal, tuan pokmudo..
ReplyDeleteselamat hari raya. maaf zahir batin dari saya di perantauan yang indah ini.
semoga di raya ini kita sama2 meringankan bebanan orang2 yang kurang bernasib baik.
nota:
ReplyDeletenasi anjing merujuk kepada isu semasa iaitu yb theresa kok yg dilokap polis diberi makan nasi anjing katanya. nasi lauk telur rebus!
nota lagi:
ReplyDeletemasa ini tuan blog merujuk Asal sbg tuan, kerana belum realize yg beliau adalah cik kak. hahaha