Seorang penunggang motosikal tergolek di atas jalan raya bersama isteri yang dibonceng. Pacuan 4 roda yang terlibat dalam eksiden itu terus meluru ke hadapan. Tanpa berhenti.
Isteri penunggang motosikal itu terjerit-jerit meminta tolong kerana suaminya tak dapat bangun. Motosikal berada di atasnya!
Beberapa buah kereta yang lalu hanya sekadar melihat manusia ditimpa motosikal dan terus jalan, sehinggalah mungkin kereta yang ke 4 atau ke 5 lalu barulah berhenti dan memberikan pertolongan kepada pasangan malang tersebut.
Sekejap kemudian, pacuan 4 roda yang terlibat dalam eksiden tadi datang semula. Mereka beramai-ramai mengangkat penunggang motosikal tersebut yang nampaknya tidak boleh bangun ke dalam pacuan 4-roda dan sudah semestinya ke hospital.
Lokasi : Jalan Menuju Wisma MUIS, Kota Kinabalu.
Waktu : 26 Ramadhan 1429H. Pukul +- 2 pm.
Sumber : Isteri saya yang melihat dari dalam pagar Masjid Negeri Sabah.
hipotesis : Semua orang sibuk dan rushing nak beli baju dan kuih raya di Wisma MUIS.
Komen : Sedih & kecewa.
.
Ops Sikap bukan tugas Pihak Polis sahaja tetapi semua pihak memainkan peranan mengikut kemampuan. malahan setiap individu.
ReplyDelete