Saturday, February 23, 2013

Tak Paham Melayu


Kalau nak buat 'cakap pindah', janganlah sampai fitnah orang, bodoh!

Hari ini Pak Rais mengamuk di bilik guru sambil memimpin tangan anaknya, Najib. Sekalian cikgu dalam bilik guru senyap dip tidak terkata. Takut mereka dengan amukan Pak Rais.

Tak cukup dengan geger suara jalang Pak Rais, tiba-tiba bilik guru dibom pula dengan suara Pak Din, juga sedang memimpin tangan anaknya, Mamut.

"Mana Cikgu Ajis?" laung mereka sepakat.

Cikgu Ajis yang sudah beruban datang menghampiri kedua bapa murid yang sedang melampias kemarahan itu.

"Ada apa encik-encik semua?" Tanya Cikgu Ajis.

"Apa yang cikgu dah katakan pada anak saya? Anak kami?" Kasar bentak Pak Din.

"Ooo... Anak encik berdua bertumbuk dalam kelas. Bukan sekali, tahun ni sahaja dah nam belas kali," bagitahu Cikgu Ajis.

"Kalau bergaduh pun, apa hak cikgu nak maki anak saya?" Pak Rais pula menyampuk.

" Ehh... Bila masa pulak saya maki anak encik?" Cikgu Ajis menafikan tuduhan dalam kehairanan.

" Jangan nak berdalih, anak saya beritahu cikgu kata dia dan kawannya MACAM ANJING DENGAN KUCING. Tergamak cikgu kata anak saya anjing!" Marah benar Pak Rais, berjebak mulutnya.

"Anak sayapun cakap cikgu kata dia MACAM ANJING DENGAN KUCING... Kalau dia anjing, maknanya cikgu maki saya sekali sebagai bapak anjing," giliran Pak Din pula berjebak mulut, melampias kemarahan.

Cikgu Ajis hanya diam. Hatinya dilanda simpati kepada Najib dan Mamut. Patutlah mereka selalu dapat E dalam Bahasa Melayu, bapak mereka pun tak reti kiasan mudah orang Melayu. Nasib engkau la Umno!...

3 comments:

  1. macam melepas anjing tersepit, macam badak,mcm murai tercabut ekor, mcm kera kena belacan, mcm beruk mat yeh...bla...bla...

    ReplyDelete
  2. harapkan pagar,pagar tak boleh diharap ...kata walia singh ;)

    ReplyDelete
  3. Seingat Saya, Seawal Darjah Satu Saya Diajar Pepatah, Bidalan & Sebagainya. Tapi Ada Pepatah Yg Sy Tidak Faham Iaitu Buat Baik Berpada2 Buat Jahat Jangan Sekali. Skrg Baru Saya Faham Sama Sperti Sy Memahami Peribahasa Tiada Beban Biawak Digalas & Sbgnya

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...