Budak itu tidak berselipar, di tangannya terbimbit plastik rok-rak berisi beberapa tin aluminium. Dia tercegat berdiri di situ. Di luar restoran itu. Matanya asyik memandang pada televisyen di dalam restoran.
Di depan budak itu satu keluarga bahagia sedang menjamu selera. Ayah, ibu, 2 anak. Setelah membayar harga makanan, mereka beredar.
Sebaik sahaja keluarga bahagia itu mengangkat punggung, budak itu lantas duduk di meja itu. Semua sisa makanan tadi dimakan semahunya. Air teh ping yang masih bersisa setengah gelas dihirupnya puas-puas. Apatah lagi cuaca di Semporna membahang tengahari ini.
Aku yang berada di meja sebelah tidak dapat menelan nasi sup yang baru 2 sudu ku suap. Kerongkongku rasa tersekat....Dan aku berusaha menahan macho supaya air mata tidak mengalir keluar di depan kawanku yang sedang menguis-nguis nasi goreng dalam pinggan di hadapannya. Aku agak dia pun sedang menahan macho juga.
Aku berada berdekatan sebuah Pulau tercantik di dunia. Pulau Sipadan! Hanya beberapa gelen minyak motorbot dari Pekan Semporna. Tetapi di daratan ini seorang budak ku lihat kelaparan mencari tin aluminium dan sisa orang untuk meneruskan hidup. Padahal dia sepatutnya mengambil PMR tahun ini untuk meneruskan hidup di Malaysia yang sempurna ini.
Sebenarnya masih ada yg memerlukan tangan-tangan menghulur pada anak-anak seperti ini tapi apakan daya yg ada kuasa macam tak nampak aje...
ReplyDeleteKalau kalau jumpa terus inform pihak qariah ajk surau, kalau betul biasa kami hulur sesuatu buat mereka.
kasihannya... kita ni kekadang makan berlebih-lebihan.. ada sesetengah yg mkn kuis-kuis sikit pastu tinggal bersisa.. Allah kau lindungi mereka, kau berikanlah kekuatan kpd meraka..aminnnn
ReplyDeleteUbah inikali...
ReplyDeleteKalau Di Tangannya Terbimbit Plastik Rok-Rak Beberapa Tin Aluminium Tu Sebijik Macam Aku. Setakat Hari Ini, Aku Pernah Makan Sisa Nasi Goreng Boss Aku Di Biliknya Sblm Aku Hntr Pinggan Ke Kafetaria Pejabat. Kalulah Buat Perangai Serupa Ini Di Restoran Atau Kafetaria, Jatuh Imej Aku Sebagai Pegawai Kerajaan.
ReplyDeleteTengahari Nanti Insya - Allah Aku Akan Berjumaat Di Masjid Yg Ada Pisang Buat Alas Perut Sebelum Makan Nasi Di Rumah Balik Pejabat Nanti. Duit Di Tgn RM23.80 Cukuplah Utk Isi Tangki Motor Sblm Dpt Gaji Bulan Mac Ini.
Merisaukan Skrg Ini Ialah Kawan Aku Asyik Sebut Nak Makan Nasi Goreng Udang Dgn Aku. Setakat Ini Aku Menjauhkan Diri Drpdnya Dgn Mengurangkan Solat Di Surau Pejabat Sebaliknya Solat Sendiri Di Bilik. Kawan Aku Ni Polis Bantuan Gaji Pun Tak Seberapa. Dia Ingat Aku Pakai Tali Leher Tiada Masalah RM!!
Semporna yang tidak sempurna. kebiasaan yang semakin biasa. kehidupan yang memberi kehidupan untuk yang lain. hari ini memukul dada, esok merobek jantung.
ReplyDeletesuasana sebgitu adlh lumrah di sabah terutamanya semporna, Kunak, lahad datu dan tawau. Sepanjang enam tahu nsaya mengajar di Lahad Datu, berlambak anak2 kecil terutamanya yg berketurunan Suluk dari selatan filipina yg hidup dgn menjual plastik di pasar2 kt lahad datu, juga d isemporna.
ReplyDelete(Merujuk Kepada Komen Terdahulu)
ReplyDeleteZaman Komunikasi Ni Tak Dapat Nk Nyorok. Berapa Kali Nak Bagi Alasan Sakit Perut? Akhirnya Aku Mengalah. Sambil Makan Nasi Goreng Udang, Kwn Aku Brtanya Gaji Bersih Berapa? Aku Jawablah RM2,000.00 Bolehlah Kahwin. Mmglah Bleh Kahwin Kalau Kewangan Aku Tidak Diganggu. Aku Cerita Masalah Kewangan Pada Dia. Akhirnya Dia Ckp, "Hm.. Tak Berduit Rupanya". Adakah Ini Petanda Aku Akan Kehilangan Seorg Lagi Kawan?
Tak tau apa nak kata
ReplyDeleteRezki ada di mana-mana.
Sedihkan cikli kenangan di SAMPORNA tu, teringat semasa berkhidmat di seluruh negeri di bawah bayu waku tu. Itu cerita dulu, kini dah tahu punca cerita dahulu tu dan selamalah macam dulu kini dan selamanya selagi tak DIUBAH.
ReplyDelete