Wednesday, May 13, 2009

Oshin, Gandhi, Mandela & Zambry



Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang bersandarkan semangat pemimpin tersohor Mahathma Gandhi dan Nelson Mandela akan meneruskan usaha menegakkan kebenaran di Perak. Lapor Mstar Online.

MStar Online meneruskan berita Zambry dengan katanya,

“Menegakkan kebenaran bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan.
.
"Nelson Mandela misalnya mengorbankan kebebasannya selama 27 tahun demi membebaskan rakyat Afrika Selatan dari cengkaman “apartheid”.
.
"Mahatma Ghandi pula mengorbankan nyawanya untuk memastikan kemerdekaan India serta rakyatnya dapat hidup aman tanpa sempadan kasta dan agama.
.
“Saya mempelajari bahawa keberanian bukanlah bermakna tidak punya perasaan takut, tetapi berjaya mengatasinya. Mereka yang berani bukanlah mereka yang tidak punya perasaan takut tetapi mereka yang mampu menakluki rasa takut itu.

Sebelum kita nak angguk atau nak kutuk atau nak gelak, elok kita kenal dulu siapa Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela yang disebut oleh pemimpin tersohor masakini Zambry ini.

Pertama
.
Mohandas Karamchand Gandhi seperti yang dilaporkan oleh Wikipedia adalah ...

He was the pioneer of satyagraha—resistance to tyranny through mass civil disobedience, firmly founded upon ahimsa or total non-violence—which led India to independence and inspired movements for civil rights and freedom across the world.

Saya percaya non-violence yang dimaksudkan termasuklah tidak mengheret paksa secara kasar Speaker DUN keluar Dewan persidangan.

Wikipedia juga melaporkan Gandhi dibunuh oleh fanatik Hindu atas alasan Gandhi melemahkan India kerana berkeras supaya India membayar Pakistan 55 crores bersamaan 550 juta rupee sebagaimana yang dipersetujui Partition Council. Kata Wikipedia,


Gandhi feared that instability and insecurity in Pakistan would increase their anger against India, and violence would spread across the borders. He further feared that Hindus and Muslims would renew their enmity and that this would precipitate open civil war.

Ada persamaan tak antara pembayaran wang 55 crores kepada Pakistan dengan pembubaran DUN ? Selagi tak bubar DUN (tak bayar wang dalam kes Gandhi), kebencian dan menyampah rakyat pada Umno BN makin tinggi dan Umno BN mungkin bungkus pada PRU13.

Jadi, samakah Zambry dengan Gandhi?

Lagipun Wikipedia ada menyebut begini,

However, Gandhi was aware that this level of nonviolence required incredible faith and courage, which he realized not everyone possessed. He therefore advised that everyone need not keep to nonviolence, especially if it were used as a cover for cowardice:
.
"Gandhi guarded against attracting to his satyagraha movement those who feared to take up arms or felt themselves incapable of resistance. 'I do believe,' he wrote, 'that where there is only a choice between cowardice and violence, I would advise violence.'

Maknanya Gandhi akan memilih melawan secara orang ada teloq dan bukannya bersikap bacul dengan berselindung dengan institusi-institusi lain yang sememangnya parallel dalam konsep separation of powers sebuah negara demokrasi.

Kedua
.
Berkenaan Nelson Mandela, Wikipedia kata,

Nelson Rolihlahla Mandela is a former President of South Africa, the first to be elected in a fully representative democratic election, who held office from 1994–99. Before his presidency, Mandela was an anti-apartheid activist, and the leader of the African National Congress's armed wing Umkhonto we Sizwe. The South African courts convicted him on charges of sabotage, as well as other crimes committed while he led the movement against apartheid. In accordance with his conviction, Mandela served 27 years in prison, spending many of these years on Robben Island.

Perhatikan betul-betul perkataan elected, democratic election dan anti-apartheid. Mana yang Zambry tak faham. Siapa yang dipilih dalam pilihanraya demokrasi di perak?

Menurut Wikipedia,

Apartheid—meaning separateness in Afrikaans (which is cognate to the English apart and -hood)—was a system of legal racial segregation enforced by the National Party government in South Africa between 1948 and 1994.

Fahamkan makna separateness dan racial segregation betul-betul. Parti siapa ada nama bangsa di dalamnya ?

Jadi, bersandarkah Zambry pada semangat Nelson Mandela ?

Sekarang anda boleh teruskan sama ada nak angguk, ludah atau gelak.

OSHIN ?

Betul, ianya karekter dalam drama TV klasik Jepun yang popular dan diminati ramai. Semangat Oshin dalam mendapatkan pengetahuan dan pelajaran disebut sebagai salah satu faktor ke 4 kebangkitan negara Jepun iaitu;
.
1. Meritocracy
2. Adopt & adapt
3. Public-Private partnership
4. Emphasize on education

Cerita Oshin adalah berdasarkan kisah benar seorang wanita biasa Jepun dizaman Meiji.

Bertanya kepada Wikipedia lagi, katanya,

In 1907, Oshin, at seven years, is sent off by her father to work as a babysitter, in order to support her family. With the physical and verbal abuse by her employer, Oshin insisted on sticking it through for the sake of her family. However, when she is accused of stealing money, she runs away and for days suffers through snow blizzards as she walks back home to be with her mother. But the blizzard is so rough on her, she nearly freezes to death. She's rescued by a man who himself is a fugitive, and stays with him until the snow melts.
.
Upon her return to her home, Oshin is once again sent back out - this time to Kaga-ya in Sayaka to work as a babysitter. She makes good friends with the daughter, who is the same age as Oshin, and stays at the Kaga-ya until she turns 16. But even after returning home once again, her father wants her to once again go back out and work as a bar maid. Realizing that the bar maid job is a cover for prostitution, Oshin runs off to Tokyo to follow her older sister Haru's dream of becoming a hair stylist.
.
While as a hairstylist, she met her husband and they were married. While they survived the Great Earthquake of 1923, their house and business was destroyed and they had to return to her in-laws house. As the marriage was not approved by her mother-in-law, Oshin suffered great hardship while living with them. She broke her arm while attempting to escape and even lost her soon-to-be-born baby because of the hard labor she had to endure working in the fields. She finally left her in-laws with her child but without her husband and attempted to rebuild her life. Subsequently, she found out she could no longer be a hair stylist because of her broken arm. She found jobs as the owner of a small bar-restaurant, pastry chef and even a peddler of fresh fish. Her business boomed and with her husband's help, Oshin established a small but bustling raw seafood shop.
.
The story continues right up to present 1983, and follows Oshin's adult life as she becomes a wife, raises children of her own, and experiences real-life events - including earthquakes and World War II.

Mengikut cerita Wikipedia lagi,

The story of Oshin is based on a biography of a Japanese woman, modeled after the mother of Kazuo Wada, a Japanese businessman. Mr. Wada created Yaohan, a Japanese supermarket chain.

Yaohan ? Ingat lagi Yaohan ? Di The Mall tu Yaohan kan?

Walaubagaimanapun Oshin lagilah tiada kena mengena dengan perjuangan menegakkan ‘kebenaran’ Zambry. Saja je nak cerita.

Sorosoro shitsurei-shimasu. Sayonara.
.

Tuesday, May 12, 2009

Salsa Yang Perihatin Tak Kisah






Baru sebentar tadi aku berkesempatan bercakap dengan isteri dan anak-anak melalui Skype.


Aku minta maaf daripada Salsa kerana lupa membawa kipas tangan plastik lipatnya. Dia tak kisah dan terus bertanya,


"Abah, ada letrik ke dekat sana ?"

Kipas Lipat Salsa

Ketika di ketinggian 44,000 kaki di atas aras laut dengan kelajuan hampir 900 km/j, tiba-tiba aku teringat kepada kipas plastik lipat Salsabila.
.
"Abah bawaklah kipas ni. Nanti kalau tak ada elektrik, abah boleh guna".
.
Semasa aku menghantar Salsa ke sekolah (Salsa bersekolah petang), sekali lagi Salsa memberitahuku,
.
"Abah ambik la kipas kakak, kalau tak ada elektrik, abah tak panas nanti. Kakak boleh guna kipas Yong".
.
Macam mana aku boleh terlupa untuk memasukkan kipas lipat tu ke dalam beg. Airbus 330-300 ini tak akan berpatah balik walaupun apajua yang aku tertinggal. Apalagi kipas plastik lipat kecil yang mungkin tiada nilai di mata orang lain.

Entah... Aku kerap jadi pelupa kebelakangan ini.

Sebelum berangkat tadi di lapangan terbang, aku sempat menalipon kawan. Tahniah! Nizar MB Perak......!

Ye ke? Perkara besar itupun aku terlupa, keputusannya hari ini.

Jumaat lepas pun aku terlupa untuk mengambil balik passport dari konsulat Jepun kerana memohon visa, sehinggalah pagi tadi baru aku mengambilnya. Sedangkan penerbanganku hari ini.

Maafkan abah Salsa sayang... Abah terlupa.

Friday, May 8, 2009

Semoga Hati Sivakumar Terbuka


Beliaulah Hero Tamil yang tulen.
.
Kesungguhan beliau mempertahankan hak amat mengagumkan. Beliau sebenarnya boleh menjadi senang-lenang tanpa perlu menyakitkan tubuh badan jika mahu.
.
Jika beliau seorang Islam, jika matinya mempertahankan hak. Menjadi mulia beliau di sisi Allah. Mungkin syahid jawatannya.
.
Saya mendoakan semoga YB Sivakumar terbuka hatinya untuk mempelajari dan mendalami Islam. Jangan lihat kepada penganut Islam, tetapi kepada ajaran Islam itu sendiri. Jangan takut untuk membaca al-Quran dan mendalami tafsirnya. YB Nga pun masih tidak serik membacanya.
.
Jika YB berasa Islam amat sesuai dan kena dengan prinsip YB, itulah yang sebaik-baiknya.
.
Rasul Allah S.A.W pernah memberitahu yang kebijakan seseorang yang sebenarnya adalah sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya.
.
Saya yakin tindakan nekad YB untuk semua susah payah ini adalah kerana YB mahukan balasan selepas meninggalkan dunia ini.
.
Welcome to Islam in peace.
.

Thursday, May 7, 2009

2 Benda Yang tak Mungkin Berlaku di Kelantan






Perkara pertama tak mungkin berlaku kerana setakat ini orang Umno Kelantan masih waras dan percayakan demokrasi.
Perkara kedua, no komen...

Tuesday, May 5, 2009

Alim, Alimani, Ulama'

Istilah-istilah masa kini (yang memeningkan kepala pengundi di kampung yang makan ubi kayu rebus dengan ikan kering atas jemore).

Ulama Terompah :
Jika tak ada hajat nak qada hajat, orang tak pedulikan dia. Tapi bila digunakan (pastinya untuk ke tandas), gegernya berdengkang-dengkung.

Ulama Mi Celup :
Quran dan hadis dihafali bukan difaqihi. Apapun selagi celup dengan ‘sibghatullah’ apa salahnya. Mi halal dan berkhasiat, kuah halal, jadilah halalan toyyiban.
**Semua kenal ke mi celup?

Ulama Mi Goreng :
Lama dalam kuali. Memang serasi dengan perencah dan perasanya.

Ulama Bola :
Kekadang di gelanggang lawan, kekadang di gelanggang sendiri. Tak kena cara, tendang masuk gol sendiri. Penyokong pulak boleh merusuh.

Sama-samalah kita menghormati golongan ulama’ yang lebih takutkan Allah daripada kita.

Saturday, May 2, 2009

Sekadar Membantu



Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya.


Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.


Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".


"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.


Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".


"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".


Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".


***sumber email dari kawan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...