Saturday, May 15, 2010

Kulup Politik

Macam-macamlah Tok Guru Nik Aziz ni.
Tok Guru kata, set-set lompat parti tu tak akil baligh politik.
Itu ayat mantik dan halus yang keluar dari mulut seorang alim. Kalau aku, aku cakap masih berkulup politik.
Jadi, tua-muda-jate-tino yang lompat tu adalah 'kulup politik'.
Memang busuk.

Pasti Dia Lebih Bahagia Sekarang


Sementara menunggu isteri dan anak berjumpa doktor, aku membelek-belek akhbar The Borneo Post yang penuh dengan muka Musa Aman.

“Akhbar hari ni ke bang?” Tiba-tiba seorang pemuda menyapa.

Aku mengangguk, sambil terus menghulurkan akhbar itu padanya. Memang aku tak ‘berehi’ sangat baca akhbar yang penuh dengan muka Musa Aman.

“Ambillah...” Kataku.

Pemuda itu menyambut akhbar itu. Kemudian dia kembali bersuara.

“Semalam aku ada mimpi ini nombor naik bah. Aku simpan 20 ringgit untuk nombor ni...”

Aku melihat muka pemuda itu, tahi judi rupanya. (Mau saja aku berkata, walaupun ropamu tidak ku kenal, tetapi lobang hidungmu tetap menjadi pojaan Umno Barisan Nasional....)

“Rugi betul bah. Aku sudah mimpi nombor ni, tapi simpan (bertaruh) 20 ringgit saja.... Kau pun ada simpan nombor ke?” Katanya sambil berpaling padaku.

Aku geleng saja. Malas nak layan. Dalam hati, menyesal aku bagi akhbar tadi pada mamat ni.

Friday, May 14, 2010

Perihal Bilas



bilas
; berbilas 1 mandi bagi kali kedua dgn air bersih; mandi dgn air tawar sesudah mandi di laut atau di kolam renang: Setelah mandi berenang-renang di laut, mereka ~ dahulu sebelum bertukar pakaian. 2 dibasuh bagi kali kedua atau seterusnya, atau dijirus dgn air supaya bersih: Pinggan itu belum ~ lagi, baru dicuci dgn sabun. membilas membasuh bagi kali kedua atau seterusnya dgn air bersih utk menghilangkan kotoran yg masih tinggal.
Kamus Pelajar Edisi Kedua

bilas
berbilas mandi bagi kali kedua dgn air bersih; mandi dgn air tawar sesudah mandi di laut atau di kolam renang: Setelah mandi berenang-renang di laut, mereka ~ dahulu sebelum bertukar pakaian. membilas membasuh bagi kali yg akhir dgn air bersih utk menghilangkan kotoran yg masih tinggal.
Kamus Pelajar

bilas II
kabur (mata).
Kamus Dewan Edisi Empat

bilas I
; berbilas sudah dibilas; membilas membasuh atau mencuci sesuatu (tubuh, pakaian dll) utk kali kedua dan seterusnya sehingga bersih: setelah tujuh kali membasuh dgn air biasa, barulah dibilas dgn air yg ditapis; bilasan perihal membilas: sewaktu menghabiskan ~ kain baju itu, fikirannya tidak aman; pembilasan proses membilas; pembilas bahan atau alat utk membilas: utk menghilangkan kotoran, cuba campurkan secamca besar cuka ke dlm tiga gayung air ~.
Kamus Dewan Edisi Empat
.
Jadi fahaman aku, kalau dubur seseorang di'bilas', pastinya ia lebih cuci dari di'basuh'. Mungkin 'bilas' ni adik sikit dari 'samak'.
.
Nasihat aku, kalau dah darurat atau nak simpan 'bukti', lain kali tayammum saja.
.
Karpal ! Anda tahu apa tayammum?
.

Sunday, May 9, 2010

Cerita Teladan Sempena PRK Sibu & Pasca Hulu Selangor


Barisan Pelakon.


Ramai Pengundi sebagai Pemandu Honda, Si Bengap

BN sebagai Pemandu mabuk

PR sebagai Passer-by


Suatu hari, Si Bengap bersiar-siar dengan Honda City 2nd-hand. Bangga bukan main kerana dapat memiliki kereta idaman dengan loan 2 bank. Bank Rakyat untuk bayar muka, Ambank untuk loan kereta.


Dah bersiar-siar, dahaga la pulak. Lalu berhenti di tepi jalan. Nak beli air jambu asam boi dekat Masjid Terapung Kuala Ibai. Baru je Si Bengap membuka pintu,


GEDEGANG!


Seorang pemandu mabuk entah dari mana datang. Merempuh pintu Honda hingga tercabut.


WOI..... Marah Si Bengap.


"Kereta Honda aku ni mahal woiii.... Dah nak kena repair pulak!" Marah betul Si Bengap.


Seorang passer-by yang kebetulan lalu di situ menegur dengan kehairanan.


"Encik, tak sakit ke.... kenapa encik marah pasal pintu Honda? Tangan encik tercabut melambung ke depan tu tak sakit ke....?"


"Ye ke?" Si Bengap semacam baru sedar dan terkejut,"tangan aku putus?....Alamak", lantas Si Bengap berlari ke arah tangannya yang putus.


"Alamak......habis la calar jam Rado aku.....", rintih Si Bengap.


Pemandu mabuk, nampaknya anda terlepas lagi. Tahniah le....

Friday, May 7, 2010

Kiki Lala


.

Saya nak menyampaikan satu kata-kata dalam game Tumblebugs kepada Encik Husam,


"'You should never argue with an idiot. He will drag you down to his level and then beat you with experience"


Harap ambil maklum Encik Husam.




Wednesday, May 5, 2010

Berpolitik Dalam Masjid


Seorang ustaz sedang mengajar kitab kuning di sebuah masjid dekat rumah Noh Omar di Negeri Selangor.

"Adapun....ke...la...di...keladi itu haram dimakan akan dia....."

Lantas bertanya seorang makmum,

"Kenapa ustaz...keladi pinang haram juga ke ....?"

Ustaz tersentak, lalu dia menilik balik kitab usangnya. Alamak.... Sekali silap baca pulak.... kaf...lam....dal...ya...... keladi  ... atau ... keledai, keldai, alamak sekali donkey la. Donkey yang haram dimakan.

Dengan penuh pengalaman, ustaz itu menjawab, sebelum itu songkoknya diletakkan ke lantai.

"Kerana, gatalnya iaaaaaa...."

Tuesday, May 4, 2010

Si Bodoh yang Biadap

.
Aku tertanya-tanya, jika ditakdirkan makhluk ini hidup di zaman Nabi Allah Nuh, adakah dia akan terkapai-kapai lemas tetapi terlalu ego untuk sama-sama menaiki bahtera Nabi?
.
Aku juga terfikir, seandainya dia berada di zaman Khalifah Umar R.A., adakah makhluk ini yang akan paling kerap ditampar Khalifah Umar al-Faruk?
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...