Ya Allah.
Aku boleh mengerti perasaan umat Islam setempatku bila namaMu dibenarkan untuk digunakan oleh penerbitan yang kafir. Kerana aku juga jahil sebagaimana kebanyakan mereka. Aku tidak jelas tentang hukumnya. Kecelaruan sesama bijak pandai antara kami lagi membuatkan aku terpinga-pinga. Kegusaran tentang bakal penyalahgunaan nama yang Maha Mulia ini apatah lagi.
Tetapi aku amat tidak mengerti mengapa dan apa fikiran orang atau kumpulan yang membawa isu namaMu ke mahkamah.
Tidakkah mereka fikirkan dahulu.
Kitab apakah mahkamah itu akan gunakan untuk berhukum?
Undang-undang buatan siapakah yang akan menjadi pengukur bicara?
Hakim yang tak fasikkah yang akan mendengar kes itu?
Tahukah mereka....
Bila sesuatu kes telah diputuskan di mahkamah, ianya akan menjadi nas dan precedence untuk kes-kes yang akan datang.
Keputusan mahkamah perlu diakur..
Ya Allah, mereka ingin menggunakan namaMu, tetapi enggan menyaksikan bahawa hanya Engkau Tuhan yang Esa, dan Muhammad itu pesuruhMu.
Ya Allah, di kalangan kami yang memperjuangkan kemuliaan namaMu juga masih ramai yang mengjengkeli dan meragui perintahMu dan hududMu.
Berikanlah hidayahMu kepada kami semua Ya Allah Tuhan Sekelian Alam.
Jauhkanlah kami daripada kemunafikan Ya Allah.
Umat akhir zaman... Sebab tu orang yang tahu agama dulu yang kena soal dan kena azab...
ReplyDeletenauzubillahiminzalik