Thursday, March 18, 2010

Maksiat Di Langit Biru


Flight Malaysia Airlines Boeing 737 MH 36xx dari Kota Kinabalu yang ku naiki berhenti sejenak di Negara Brunei Darussalam. Di Brunei, puluhan penumpang yang aku yakin warga India yang nak balik kampung menaiki pesawat. Dua orang daripada mereka duduk di kerusi kosong di sebelahku.

Mataku mengerling passport yang dipegang oleh lelaki yang baru melabuhkan punggung di kerusi sebelah.

Ghulam .....Something namanya.

Oooo....Islam rupanya, getus hatiku.

Pesawat berlepas laju. Masa untuk makan. Hah! Time to enjoy and experience the true MH. Yea...MH, the pride of Malaysia Airlines. According to them, MH is not just an airline code, it’s Malaysian Hospitality.

Menunya memang menarik, masakan Malaysia.

“What for drink sir?” Tanya pramugari yang lawa dan tinggi lampai.

“Kopi”, jawabku.

“Beer”, jawab Ghulam di sebelahku.

“Wain”, jawab lelaki senegara Ghulam di sebelahnya.

Ghulam dihidangkan dengan setin Heineken beer dan kawan Ghulam dihidangkan dengan secawan red wain. Aku ditepi tingkap terpaksa menyedut bau tebal vapourised alcohol.

Aku memandang awan yang berada di bawah sambil berfikir, macam mana orang yang nyawanya di hujung tanduk masih bernafsu melakukan maksiat. Kalau apa-apa berlaku, kami semua akan menjunam ke bawah daripada paras ketinggian 30,000 kaki dari aras laut.

Kawan Ghulam meminta wain tambah. Hari itu rata-rata warga India yang menaiki pesawat di Brunei berpesta beer dan wain. Aku agak kerana polisi kerajaan Brunei tidak membenarkan penjualan arak berleluasa di negara itu. Memang mereka kegersangan alkohol. Dan mereka melampiasi kegersangan mereka di dalam pesawat sebuah negara Islam yang lain. Free of charge!

Ghulam di sebelahku tentunya muslim berdasarkan namanya. Pramugara dan pramugari yang menghidangkan arak pun muslim. Pilot pun muslim. Presiden Malaysia Airlines pun muslim. (CEO Idris Jala tu Kristian, jangan tersilap pula) Aku yang berada di tepi tingkap ini pun muslim. Jika hak mereka untuk mentekedarah arak, apa hak aku untuk tidak menghidu dan berada dan makan di sebelah penagih arak?

Semasa memasuki terminal, seorang perempuan cina yang aku yakin bukan muslim berkata pada seseorang.

“Orang sebelah saya tadi tambah wain sampai 4 kali, ini MAS tiada control ke? Bahaya ma...nanti mabuk.....susah ma...”

Aku setuju dalam hati yang masih panas.

Sepatutnya Idris Jala dahulu mengambil arak free ini sebagai salah satu perkara utama dalam langkah penjimatan dan mengurangkan kerugian dalam Malaysia Airlines.

2 comments:

  1. Hanya pokmudo yang mengingati hari lahirku hari ini... isk isk isk.....

    pokmudo happy birthday untuk Mustaqim esok....tq.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...