Sunday, April 21, 2013

Calon ADUN Yang Kalah


Semasa berurusan di kaunter bank, tiba-tiba seseorang yang familiar datang memberikan namecard kepada orang ramai di dalam bank termasuk aku.

"Kalau nak BRIM ke apa ke, bagi tahu..." Katanya.

"Tolong ye, sekali saja," katanya lagi, memujuk orang ramai untuk mengundi dia yang mewakili parti majoriti India komponen BN itu.

Aku melihat kad yang diberikan. Ada gambar dia sebagai calon ADUN, ada gambar PM sebagai Presiden UMNO, ada gambar Datuk Mustapha Mamat sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.... Kemudian ada gambar seorang perempuan, siap ada nama lagi, Datin Dr S...... 

"Siapa ni?" Aku bertanya orang di sebelah.

"Rasanya bini dia," jawab seseorang.

"Nampak sangat dia 'kalah'....." Kata aku.

"Belum mengundi lagi belum tahu, dia ni boleh tahan pengaruhnya," potong kawan tadi.

"Kalah kat bini la bro kalau macam ni!" Jawab aku.

7 comments:

  1. InsyaAllah Ini Kali Lah !! Ibarat jual anggur pada towkey pembuat arak. Ibarat pajak tanah pada india pembuat tuak. Dosa depa terpalit sama. Kita bagi undi kat pemimpin yg boleh jadi driver yg baik supaya sampai ke destinasi menuju redha Allah.

    ReplyDelete
  2. Bagilah juga peluang kakak menikmati yg Cikli dah rasa di sana buat kami di Johor ini Cikli. INI KALILAH... doa kami setiap kali pertemuan dan seusai solat. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah ini kali lah kakak.
      Gelang patah sebagai turning point. Hidup JDT opss hidup Johor.

      Delete
  3. semalam gerombolan pegawai PPD dtg ke sekolah sy. bkn utk mematau tapi utk memujuk dan memaksa guru2 agar menyokong umno/bn

    ReplyDelete
  4. sebenarnya saya suka kesederhanaan.. tapi kecewa bila lihat pakatan rakyat terlalu beriya-iya.. janji yg diberikan terlebih lebih sehingga melampaui kesederhanaan... sehingga kita terfikir adakah janji tersebut boleh dilaksanakan....

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...