Wednesday, November 26, 2014

UPSR Hari Ini

Anak-anak mampu bermain salji walaupun kita panas ceng-ceng 
Assalamualaikum.

Keputusan UPSR sudah keluar. Berbagai watak dapat dilihat apabila mendapat keputusan masing-masing. Watak-watak bukan sahaja di kalangan anak-anak, juga daripada ibu dan ayah masing-masing. 

Aku tahu ibu bapa dan anak-anak terbeban bukan semata-mata kerana nak sangat 5A, tetapi kerana 5 A inilah yang dijadikan passport untuk ke sekolah asrama selepas ini. Sebab itulah ibu bapa sanggup berhabis wang ringgit dan anak-anak sanggup berhabis masa menghadiri tuisyen siang malam.

Aku lantas teringat kepada lagu Give Me Sunshine dalam cerita tersohor Amir Khan, 3 Idiots. Antara lirik lagu itu menyebut,

All our lives
We needed to get a life

Let us live a little now
If only for a moment
If only for a moment

Backpacks drooped our shoulders
Of all people, dad taught us to bribe

Combusted our childhood

We lost our childhood
We lost our prime

Memang betul bangatlah kata-kata seorang sahabat yang amat aku hormati dan kagumi, katanya,

...for children, playing is a serious business. When they are playing, they are not children, they are maybe fireman, princess, ultraman, power rangers .....

Bukan kita sengaja mengambil masa anak-anak, tetapi sistem yang memaksa kita barangkali. Aku memohon agar para pentadbir memberikan kelonggaran untuk mengambil borang permohonan ke MRSM, Maahad Muhammadi, Maahad Tahfiz dll dilonggarkan kepada anak-anak yang mendapat 4A dan mungkin 3A. Bukankah anda ada tapisan lagi selepas ini, ujian, temuduga dan bagai lagi.


Mengecat semula dinding aku rasakan seperti memadam kenangan zaman kanak-kanak anak-anakku.  Tapi rumoh sewo nak buat guano.

3 comments:

  1. Salam..
    Sebenarnya gua harap apa saja ilmu yang budak budak dapat . Semoga mereka menjadi red indian .. Tahu menjunjung adat dan tak mahu di cucuk hidung..
    Pace

    ReplyDelete
  2. Kemasukan sekolah berasrama utk anak perempuan agak payah berbanding anak lelaki. Masa anak kakak dulu 5A utk anak perempuan equivalent 3A utk anak lelaki tak kiralah MRSM ke Maahad. Anak kakak ke Maahad masa tu dan sekarang ada di UNIZAR - dekat dgn Cikli kan:)

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...