HARAMMMMM.....
Begitu tegas Datuk Nikah Kawin berfatwa. Memang wibawanya begitu kebelakangan ini.
Bawa dia ke muka pengadilan!
Arah Datuk Nikah Kawin kepada pengadu-pengadu.
Lalu Si Pitung sebagai rakyat yang patuh rela dihadapkan ke muka pengadilan.
Datuk Nikah Kawin berhujah dengan suara ganas,
Adalah kamu Si Pitung, didapati telah melakukan perkara yang jelas haram dan bercanggah dengan agama! Kamu telah didapati melakukan upacara pengkebumian rasmi ke atas seekor anjing termasuklah mengkafan dan memasang lilin.
Si Pitung hanya tunduk, seriau bulu romanya mendengar suara ganas Datuk Nikah Kawin.
Sebelum mike dijatuhkan hukuman, apa alasan mike ?
Si Pitung mengangkat muka dan bertentang mata dengan Datuk Nikah Kawin. Lalu bersuara kendur.
Datuk..... Anjing hamba semasa hidupnya amat berjasa kepada hamba. Semua kekayaan hamba adalah daripada pertolongan anjing hamba. Hamba amat sayang dan terhutang budi padanya. Sebagai tanda terima kasih, hamba berikan separuh daripada harta hamba yang nilainya mencecah amaun 4.5 juta RM kepada anjing hamba.
Tetapi malang, akibat kuat bekerja anjing hamba jatuh sakit. Sebelum dia meninggal, dia berpesan kepada hamba. Memandangkan dia tiada waris di dunia ini, dia meminta hamba menyempurnakan upacara pengkebumiannya dan dia berpesan lagi supaya hamba memberikan separuh daripada hartanya kepada sesiapa sahaja yang bersama-sama meraikan upacara menghormati kematiannya...
.... Si Pitung menamatkan katanya dengan kesedihan yang dibuat-buat. Datuk Nikah Kawin terdiam dua-tiga seken sebelum kembali bersuara.
Ate...Apa arwah anjing kamu tu ada nama ?
Si Roger, Datuk, jawab Si Pitung.
Lalu Datuk Nikah Kawin bertitah......
Sekelian yang hadhir, marilah kita sama-sama diam seketika untuk memperingati arwah Si Roger, al Fatihah....
****Rekaan semata-mata, diadaptasi daripada buku kisah-kisah lucu yang dingat-ingat lupa.
Orait lar tu..
ReplyDeleteSalam cikli,
ReplyDeleteJangan lagi heboh cerita pasal hantu lilin