Tuesday, August 4, 2009

Cerita ISA


Assalamualaikum,


Jam lebih kurang 1 pagi. Aku sedang membaca catatan anak tahanan ISA, Suhaib Mat Sah yang telah hampir lapan tahun membesar tanpa dukungan ayahnya. Khabarnya semasa demonstrasi anti-ISA Sabtu lepas, Suhaib dan Uminya pun turut ditahan.


Tiba-tiba aku terdengar rengekan anak sulungku Salsabila. Apa yang mengganggu tidurnya ? Bila rengekannya berpanjangan, aku berhenti membaca catatan Suhaib dan mendapatkan Salsabila. Aku gosok dan belai tangannya dan ucapkan kata-kata lembut supaya tidurnya kembali aman.


Umur Salsabila 8 tahun. Sebaya dengan umur Suhaib semasa tidur malamnya dikejut kasar oleh beberapa orang yang tidak dikenali yang menggari dan membawa ayahnya pergi sehingga sekarang. Sehingga sekarang umurnya 16 tahun!


Sehingga fizikal Suhaib pun melebihi fizikal ayahnya yang sering dimomokkan mendapat menu terbaik 6 kali sehari !


Itu baru catatan Suhaib seorang. Apa pula catatan Uminya ?


Apa pula catatan neneknya yang meninggal baru-baru ini ?




Dan ketika para pengambil berat dan para simpati ingin mengadu hal kepada Raja yang mereka hormati, seluruh negara didendangkan dengan kerugian RM 200 juta akibat daripada demonstrasi yang diadakan.


Chonglah Nong ........ Selagi mulut berbunyi !

3 comments:

  1. kepada adik salsabila dan suhaib..tabahkan diri..jgn berputus asa..berdoa pada Allah moga kezaliman ISA hancur terus..saya doakan..amin ya rabbal a'lamin..

    ReplyDelete
  2. Umno ni segenap inci nnipu belaka.
    Tipu 1: Dia kata SB catat berbulan-bulan pergerakan ahli ISA sebelum ditahan. Dah, kalu ada bukti walau 1 huruf, dakwa lah weh di mahkamah!
    * Stopa mamat (Oghe paling berjurus dalam umno) nnipu jugak di MU baru ni. dia kata minyak tu luar air klate. Lo ni kalu pak nik jjupo dia, paknik rasa nak jolok lube hido dia, muka penipu tak dak maruah!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...