Monday, August 17, 2009

Mencari Peluang ke 2


Nasib baik ada parking !


Cepat-cepat kami keluar kereta. Appointment isteriku dengan doktor gigi pada pukul 2. Sekarang sudah 2 lebih beberapa minit.


Aku mendukung Talhah berjalan laju di depan beberapa meter dari isteriku yang memimpin Salsa dan Syahida.


Di kaki lima di luar kedai runcit terlihat seorang cacat sedang menghulurkan tangan kepada orang yang lalu-lalang.


On the way balik nanti aku dermakan, niat hatiku.
.
.
Tergesa-gesa aku menuju ke klinik gigi di tingkat 1 bahagian belakang bangunan. Isteri dan anak-anak perempuan jauh kutinggalkan di belakang. Yang penting daftar dulu.... Suda lambat bah.


Rupanya tuan doktor pun masih on the way, belum sampai, kata gadis penjaga kaunter klinik. Takpa, yang penting orang tak tunggu kita. Setengah jam kemudian baru tuan doktor sampai.


Semasa menunggu mamanya di bilik rawatan, Salsa membisikkan sesuatu padaku.


Abah, tadi kakak nampak orang cacat kat bawah minta sedekah. Kenapa abah tak derma ?


Lantas aku mengajak anak-anak ke bawah. Salsa mahu menunggu mamanya di klinik. Aku mendukung Talhah dan memimpin Syahida ke kaki lima bangunan di bawah. Tiada lagi kelibat hamba Allah yang aku cari. Aku cari sekeliling, tiada.....


Mungkin tiada rezekinya. Beberapa RM....


Dan tiada rezekiku.... Pahala yang terhidang ku tangguhkan pada pusingan ke 2 yang rupanya tak kunjung datang.

3 comments:

  1. Sajer nak kongsi pengalaman. Suatu hari aku ke KB. Naik bas jer ... aku dapati ramai juga peminta sedekah kat situ. Yg meminta-minta pun ada, yang tadah saja tapi takla meminta-minta pun ada. Aku bagi yang meminta-minta je, yang dok diam tu aku tak bagi la. - sampai dalam bas pun diorang naik.

    Dalam mindset aku, kalau ke KB, bawa duit kecil banyak sikit. Aku pun menabung la syiling emas RM1 (Yg kemudiannya Bank Negara tidak iktiraf - aku rasa sbb pengeluaran syiling palsu dan bukannya kerana tiada di pasaran disebabkan tabiat menabung ).

    Penuhlah bekas krim rambut aku - adalah dalam seratus. Aku fikir kalau aku ke KB, aku akan bawak syiling tersebut untuk disedekahkan kepada yang meminta dan tidak meminta di KB.

    Hari yg lain aku ke KB - round satu KB, satu peminta sedekah pun aku tak jumpa. Banyak mana aku bawa syiling RM1 tu, banyak tu la aku bawa balik. He he he.

    ReplyDelete
  2. willy, nak sedekah ke nak perabih stok? haha...
    takde rezeki kita la tu. tp bagus jgn hampakan harapan orang yang berhajat. tipu ke tidak tu lain cerita.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...