Thursday, July 16, 2009

Hero Kelate Minat F1


Siapa tak minat F1 ?


Kawanku Zul telah beli tiket RM300 untuk tengok perlumbaan terulung ini secara live depan mata pada 21 Mac 2004.


Dan alamak....Kenapa ni ?


Depa ni sengaja ke buat tarikh mengundi sama dengan tarikh F1.


Tak cerdik ke mereka yang terlibat ni. Nak promote F1, nak promote demokrasi. Tapi tarikh mengundi letak pada tarikh F1. Tak lulus PTK ke boss SPR ?


Kawanku Zul terpaksa membuat keputusan yang sukar dalam hidupnya.


"Nah! Ambik ke mung la teket ni..." Kawanku Zul memberikan tiket F1nya kepada kawannya.


Malam tu Kawanku Zul balik ke Kelantan. Dia nekad, mengundi lebih penting daripada tengok F1 live depan mata.


Kawanku Zul mengundi di DUN Kemuning.


PRU11 memang mendebarkan bila Trengganu hanyut dengan gelombang biru. Kelantan pula terpaksa menunggu hingga hari esoknya apabila banyak undi terpaksa dikira semula.


Akhirnya menjelang senja barulah confirm PAS masih layak memerintah Kelantan dengan kelebihan 3 kerusi. Salah satu DUN yang terakhir diketahui sah milik PAS ialah kemenangan Cikgu Pokya di DUN Kemuning dengan kelebihan 2 undi. Salah satunya sudah pastilah undi kawanku Zul.


Dalam PRU11 mungkin banyak hantu yang dibayar hanya RM300 untuk meruntuhkan demokrasi, tetapi kawanku Zul mengorbankan tiket RM300nya untuk balik mengundi.


Kawanku Zul merupakan salah seorang hero sebenar yang berjasa dalam membolehkan Kerajaan PAS Kelantan tegak sampai sekarang.


Kawanku Zul bukannya orang yang peduli sama ada pimpinan PAS yang ada adalah Erdogan atau tak Erdogan. Ulamak atau Cikgu PJ. Husam atau Takiyuddin. Nasha Aziz atau Catriana Ross. Tapi dia amat peduli sama ada Nik Aziz Nik Mat atau Tuan Aziz Tuan Mat.


Aku amat percaya, di MU juga ramai kawan-kawanku Zul, Mat, Din, Li, Yie, Su, Na, Ela dan ramai lagi yang boleh claim hak milik mereka ke atas undi majoriti 65 yang diperolehi Abang Uji.


Tetapi mereka pastinya tidak mengorbankan tiket F1 seperti kawanku Zul. Mereka pastinya hanya berkorban dengan cuti tanpa gaji ataupun membeli MC.


4 comments:

  1. Masing2 ada kelebihan & pengorbanan tersendiri. Jadi,hargailah pengorbanan mereka.

    ReplyDelete
  2. Eh? kenapa nama saya ada kat sini? (haha perasan), yerp tahniah kepada sahabat cikli itu.

    ReplyDelete
  3. Kalau buat kerana Allah, insyaAllah pahala dapat sampai kini.

    ReplyDelete
  4. Salam cikli,
    ghalik jugak baca cerita demo...sedak..

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...