Gambar hiasan |
Rancangan bermula. Hari ini pakar motivasi bercakap tentang hubungan suami-isteri. Hebat betul kupasan pakar motivasi, sebijik macam dalam buku. Ye lah, Tengku Man sudah beli semua buku-buku tulisan pakar motivasi tersebut. Tetapi Tengku Man tidak pernah jemu mendengar celoteh pakar motivasi itu.
Hatta, dahulu Tengku Man pernah beberapa kali bertemu dengan pakar motivasi itu untuk mendapatkan khidmat nasihat. Dulu Tengku Man ada masalah keluarga, masalah anak, masalah isteri, masalah mentua. Sekarang alhamdulillah tidak lagi.
"Dulu ada seorang datang jumpa saya...." Pakar motivasi mula bercerita. Memang setiap kali bermotivasi, pakar motivasi akan membawa cerita-cerita menarik sebagai contoh. Itu yang membuatkan ceramah pakar motivasi ini menarik. Ada sahaja cerita menarik yang dibawanya. Menghiburkan dan penuh dengan pengajaran.
"Suami ini datang jumpa saya, dia ahli korporat besar di Kuala Lumpur. Dia menangis depan saya, habis lenjun neck-tie dia. Saya tepuk bahunya, saya tanya, Ku ada masalah apa? Mulalah dia cerita. Anaknya tiap malam berkepit di kelab malam. Isterinya pula main kayu .....bla...bla...bla....."
Terkedu Tengku Man di sofa.
"Cisss....Ini cerita aku. Cerita isteri aku. Cerita anak aku Dulu dia janji nak rahsiakan perkara ini. Sekarang buat modal ceramah pulak. Celaka punya pakar motivasi!"
Tengku Man mula terasa jengkel. Meluat dia melihat wajah pakar motivasi yang menjadi idolanya selama ini. Ceh! Cari makan dengan menjaja cerita orang. Cissss......
Betullah pakar motivasi itu tak sebut nama dalam ceritanya, tetapi Tengku Man gerenti kaum kerabat terdekat, pekerja-pekerja di pejabat dan rakan-rakan segolf dengannya yang mendengar rancangan ini akan dapat meneka dan tahu, cerita ini cerita Tengku Man, ahli korporat berjaya di Kuala Lumpur. Apalagi jika rancangan ini ditonton oleh anak-anak dan isterinya. Tentu luka lama berdarah kembali.
"Memang tak boleh pakai kata-kata dan janji dia ni," sungut Tengku Man.
"Orang macam ni, kalau masuk politik lagi tak boleh pakai setiap janji dan kata!" sungutnya lagi.
lamaa daah tak boleh pakai mangkuk ni hahaha ! biasa la semacam geng mesti cari segeng juga ,macam sekor lembu bawa taik semua geng kena taik pasai dah memang macam taik ;)
ReplyDeleteKesian dia....
ReplyDeletebro... ini macam drama tauladan je...
ReplyDeleteyang makan cili sja akan terasa pedasnya. dah nama pun motivator biasalah selalu nak bagi contoh yg reality akhirnya mungkir janji...
ReplyDeletemmg begitulah,kalau tak mane kan dpt bg inspirasi kat org laen...huhu
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteadakah pakar dalam cerita ini ... bercerta bab akidah dan ada phd
berat
ReplyDeletetersentak + trkedu la yg empunya diri...
ReplyDeleteHari ni ada sang pakar motivasi yg sedang memburu parasit dlm mantan partinya dahulu. Tapi Tanpa disedari sang pakar motivasi ini sebenarnya pelesit yg ingin membunuh mnatan partinya
ReplyDeletePakar motivasi memang terkenal sekarang...
ReplyDeletetak lupa juga pakar motivasi yang bosan.....suka pakar motivasi yang kretif dan pandai mencuri perhatian
ReplyDelete