Pada usia sementah 8 tahun, kerana desakan hidup, Akihiro terpaksa
berpisah dengan ibunya. Ibu Akihiro terpaksa bekerja di Hiroshima dan
meninggalkan Akihiro bersama neneknya di sebuah desa bernama Saga, nun jauh
dari Hiroshima.
Akihiro seorang budak yang agak ‘lurus’ dan tidak berapa
bijak dalam pelajaran. Memandangkan Saga adalah sebuah kampung yang kecil,
masyarakat di situ saling mengenali di antara satu sama lain. Cikgu di
sekolahpun mengenali setiap pelajar dan kehidupan mereka sorang-sorang.
Suatu hari Akihiro amat teruja apabila karangannya yang
bertajuk ‘IBU SAYA’ mendapat markah 100%. Akihiro balik ke rumah dengan girang
dan memberitahu neneknya.
“Bagus....” Puji nenek Akihiro sambil terus melakukan kerja
dapurnya.
“Tapi nenek....” Kata Akihiro.
“Tapi apa?” Tanya neneknya.
“Besok cikgu minta buat karangan ‘AYAH SAYA’,” beritahu
Akihiro.
“Buat je lah....” Kata si nenek.
“Saya tak pernah tahu pasal ayah saya. Saya tak ingat
apa-apa tentang ayah saya,” kata Akihiro, bernada sedih. Memang seorang ayah
tiada dalam kamus hidup anak kecil ini selama ini.
“Kamu tulis saja saya tak tahu,” cadang nenek Akihiro. Tangannya
tidak berhenti-henti bekerja.
Cikgu sedang mengembalikan kertas karangan “AYAH SAYA’
kepada murid-murid. Akihiro begitu gementar apabila namanya dipanggil cikgu.
Pasti dia akan dimarahi cikgu. Dengan teragak-agak dia mengambil kertas
karangannya dari tangan cikgunya yang tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Tiba-tiba Akihiro tersenyum, kali ini karangannya juga
mendapat 100%. Ya karangannya yang hanya sebaris ayat berbunyi ‘Saya tidak tahu’
mendapat 100%.
Cerita ini aku lihat di TV al-Hijrah. Klik sini untuk maklumat cerita The Amazing Grandma of Saga |
best\
ReplyDeletemacam certa suria baja hitam dan gaban
Cikgu yg hebat. Faham macamana nak mendidik.
ReplyDeletecikgu contoh ;)
ReplyDeleteCikgu tu bukan cool Cikli... dia dah tak tahu nak bagi markah... Mana ada karangan satu ayat hihi...
ReplyDeleteCerita bolehlah cuba betul-betul mahu dapat tanda soal besar.
Jujurnya dia.
ReplyDeletekalau sekolah utk mendidik mmmg tak pelik cikgu buat gitu.. mmg cool cikgu tu. Tp kat msia akan jadi pelik sbb belajar utk prepare exam.
ReplyDeleteAndailah dapat jadi cikgu se-COOL itu...
ReplyDeleteUntuk memahami situasi pelajar cikgu tu memang cool... untuk markah???
ReplyDeletedan nenek serta Akihiro memang hebat kerana berani dan jujur
Masa sy Darjah 1 dulu, lukisan buruk mcm mana pun Cikgu bagi A.
ReplyDelete