Monday, May 7, 2012

Jin Pakai Toncet

3 manusia yang berlainan fizikal dan warna kulit tiba-tiba mendapati diri mereka terkurung di dalam sebuah gua. Mereka berusaha untuk meloloskan diri, tetapi hampa.

Sekonyong-konyongnya datanglah seekor jin bagak dan bertempik di hadapan mereka.

"Hei manusia, kamu semua telah menceroboh tempat aku, akan aku sumpah ......."

"Tolong jin.... Kami tak sengaja. Bagilah peluang untuk kami," mereka bertiga merayu bersungguh-sungguh.

"Baiklah. Sesiapa di antara kamu yang jujurrr, dia akan aku lepaskan. Ha ha ha ha," bagitahu si jin. Macam dalam cerita Ahmad Albab.

"Sekarang kamu mesti ceritakan kepada aku satu kejahatan dan satu kebaikan yang telah engkau lakukan," itulah syarat si jin. Senang sekali nampaknya.

Manusia pertama yang bermisai tebal tidak melepaskan peluang. Lalu mula bercerita.

"Jin.... Aku dulu, kini dan selamanya, sentiasa berbuat baik. Aku tiada kebobrokan. Tiada yang jahat melainkan yang baik-baik belaka."

"Takkanlah," argue si jin.

"Betul, aku sentiasa lakukan kebaikan. Aku bagi baja subsidi dan benih subsidi kepada petani, aku bagi duit RM500 untuk keluarga kurang mampu, aku bagi lagi RM100 untuk anak-anak sekolah, baucer buku RM200 lagi, baucer tuisyen dan macam-macam lagi. Ikhlas ...."

"Duit siapa yang kamu gunakan untuk buat benda tu semua?" Tanya si jin.

Belumpun sempat si misai tebal membuka mulut untuk menjawab, dia sudah disumpah menjadi seekor cipan.

Terkejut dengan apa yang terjadi, manusia kedua yang bersongkok tinggi pula bercerita.

"Jin, dulu aku jahat. Aku pernah ambik rasuah, bohongi rakyat, menaja samseng, sekat baja subsidi, memaki orang alim, mengadu domba sesama penduduk kampung....."

"Huh! Taik rasuah dan taik segala-gala rupanya engkau," komen si jin, seakan jijik melihat si songkok tinggi.

"Kini aku dah baik, aku jadi wakil rakyat bebas. Aku berjuang semata-mata untuk kemajuan bangsa aku," si songkok tinggi bangga bercerita tentang kebaikannya.

"Bohong!" Tempik si jin." Itu bukan kebaikan, itu kejahatan! Engkau telah mengkhianati pengundi yang telah mengundi engkau," marah si jin sambil menukarkan si songkok tinggi menjadi seekor katak gomok.

Melihat apa yang berlaku, manusia ketiga, seorang perempuan berkulit gelap mula berkata dengan terketar-ketar.

"Jin, aku menyokong gerakan LGBT. Lesbian, gay, biseksual, transgender."

"Gila engkau! Bodohnya! Engkau lesbian ke? Atau biseksual?" Tanya si jin tidak bertapis.

"Aku normal jin," jawab si perempuan.

"Habis? Kenapa kau beriya-iya sokong LBGT?" Tanya si jin kehairanan.

"Aku pengamal undang-undang jin. Ikut kitab undang-undang tempat aku, aku mentafsirkan bahawa itu hak asasi mereka untuk berLGBT. Aku mesti sokong," terang si perempuan.

"Bengongnya engkau. Ok.. Itu memang suatu kejahatan. Apa kebaikan yang pernah kau buat pulak?" Tanya si jin, macam nak cepat habiskan cerita ini sahaja.

"Aku anjurkan gerakan besar-besaran BERSIH 3.0 untuk free and fair election," beritahu si perempuan berkulit gelap itu.

"Free & Fair Elction? Itu memang satu kebaikan, engkau boleh keluar dari gua ini sekarang," beritahu si jin.

"Ini tidak adil, ini tidak adil......." Tiba-tiba si cipan dan si katak bersuara bersahut-sahutan lagak lagu Yuna.

"Kenapa pulak?" Tanya si jin.

"BERSIH 3.0 yang dia anjurkan itu perhimpunan haram...... Itu kejahatan, bukan kebaikan. Tukarkan dia menjadi binatang macam kami....." Protes si cipan dan si katak. Sebijik macam orang berdemonstrasi.

"Woi... Hang tak ada internet ke? Tak baca ke?" Tanya si jin. " Tuntutan BERSIH 3.0 itu adalah;

1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Ini kebaikan, bukan kejahatan," si jin pula yang tolong menjawab. Rupanya si jin ini sering membaca media alternatif.

"BERSIH 3.0 itu haram, Majlis fatwa kata haram jika cetuskan huru-hara," si cipan dan si katak masih tak mahu mengalah.

"Betullah kata Majlis Fatwa tu," jawab si jin. " Memanglah haram cetuskan huru-hara. Bukan saja dalam BERSIH 2.0, 3.0, cetuskan huru-hara di sekolah tadika, di pasar malam, di ekspo barangan elektrik semuanya haram. Yang datang dengan aman tak ada masalah. Yang buat huru-hara itulah yang HARAMJADAH!" semakin lega si perempuan berkulit gelap apabila si jin asyik menjawab bagi pihaknya.

Gambar dari internet
Si perempuan berkulit gelap terus bergerak ke pintu gua untuk pulang.

"Nanti dulu!" Tiba-tiba si jin memanggil. Adakah dia berubah fikiran dan termakan kata-kata si cipan dan si katak?

"Kalau lapan tuntutan tadi masih tidak lunas. Kau buat je BERSIH 4.0. Itulah 8 keharaman yang perlu dibersihkan dahulu sebelum bercakap haram itu-haram ini," pesan si jin.

"Baik jin," akur si perempuan berkulit gelap lalu pergi.

**Cerita adalah rekaan semata-mata bersumberkan isu semasa. Sebarang persamaan watak adalah kebetulan, nak buat macam mana...

18 comments:

  1. Wahhh.... hebat juga jin baca paper alternative tu yg lebih celik dari lelaki songkok tinggi dan bermisai tebal...

    Kulit wanita tu gelap tapi hati tak gelap...

    ReplyDelete
  2. Dlm sebuah bilik makmal, seorang Professor yg hendak memulakan kuliahnya tiba-tiba terseradung sebotol kaca lalu keluarlah jin. Jin yg begitu terhutang budi menawarkan kepada Professor tersebut salah satu daripada perkara-perkara berikut :
    (a) Kekayaan
    (b) Kebijaksanaan
    (c) Ketampanan

    Professor itu lalu memilih Kebijaksanaan. Jin itupun menggunakan tongkat ajaibnya lalu hilang. Pelajar-Pelajar Universiti yang berada dlm kuliahnya begitu teruja dan ternanti-nanti kata-kata hikmat Professor tersebut.

    Professor itu pun berkata. "Ceh !! sy sepatutnya memilih kekayaan".

    Sumber : Reader's Digest

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah kebijaksanaannya datang terlambat...
      Good one!

      Delete
  3. Dalamnya maksud tersirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada special request dari kawan minta ulas berkaitan isu ini. Berhari-hari mikirin

      Delete
  4. Cantek jalan ceritanya cikli.. ha..ha..

    ReplyDelete
  5. Cikli,

    kali pertama baca saya kahkahkah dulu...haha

    padang pun tak sama rata, pengadil pun tak berapa ...
    macamana nak lawan secara adil?
    Jadi, saya sokong keputusan jin sebulatnya...

    dan pesanan jin kepada perempuan gelap juga hebat!

    ReplyDelete
  6. patut dihantar untuk disiarkan. Ketawa guling-guling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya, nanti ramai accident semasa berguling

      Delete
  7. Haahahaaaa..
    ok, memang sy tergelak kat sini...
    masuk fb best gak ni :)

    ReplyDelete
  8. Menarik sahabat sahabat.Rahim Noor kena baca entry ni gerenti dia akan insaf. Mintak izin nak copy dan tulis balik kf note FB pastu link kt blog cikli

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...