Thursday, June 7, 2012

Jadi Bodoh Sebab Lebuhraya

Dari RMK5 ke RMK9.... Bila buat sendiri ada mangkuk kutuk kaw-kaw pulak....
Tok Pa, Awang Adek dan Brahim Ali masing-masing melampiaskan kebusukan hati masing-masing apabila majlis pecah tanah Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai akhirnya disempurnakan oleh MB Kelantan.

Awang Adik tuduh lebuhraya ini hanya taktik untuk merembat balak sahaja. Padahal bagi aku, kalau nak merembat balak, baik buat lebuhraya Kuala Krai- Gua Musang.

Tok Pa dan Brahim meragui keupayaan Kerajaan Kelantan mendapatkan RM1.8 billion untuk projek tersebut.

Mujurlah Annuar Musa setakat ini masih sibuk pasal bola dan tak ada masa nak 'carro' pasal lebuhraya ini. Harap-harap Annuar terus tumpu pada bola sahaja agar Piala Liga dan Piala Malaysia pula tiba di bumi Kelantan. Piala AFC pula, biar dapat pergi sejauh mungkin.

Berbalik pada soal RM1.8 billion untuk lebuhraya rakyat, apa susah sangat...  Jika PRU13 nanti berlaku perubahan besar, duit tu pastinya akan datang dari Putrajaya!

3 comments:

  1. Amin... doa kakak tak putus Cikli moga dapatlah duit direct terus dari Putrajaya...

    ReplyDelete
  2. nak bagi kemajuan pun bising. tak bagi, terlolong.

    ReplyDelete
  3. agak² kos buat tembok pecah tanah tu berapa agaknyer eyh..? costing gak tu cikli :D

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...