Friday, June 1, 2012

Jodoh & Pertemuan Ketentuan Allah (Khas Buat Cikgu Zam)

Pukul 4 petang dari Stesen LRT Bukit Jalil
Siapa sangka dalan ribuan manusia berbaju merah ini, aku bakal ketemu seorang insan yang tak pernah aku jumpa sebelum ini. Hanya mengenalinya melalui blog Sesumur Sawah di Ladang sahaja sebelum ini.

Specialnya bloggers adalah mereka seolah-olah sudah lama kenal walaupun baru pertama kali berjumpa.

Seperti juga semasa aku pertama kali berjumpa blogger Gedek! setahun dahulu. Dia siap memberitahu dalam telefon, " Gua pakai baju hitam berdiri depan Esso ni...." Macamlah aku tak kenal wajah dia yang hari-hari di update dalam blog dengan baju hitamnya. Walhal kalau jerawat di muka dia naik pun, satu dunia tahu....Kah kah.

Aku membalas," Lu yang rambut panjang tu kan...." Ha ha ha... kami sama-sama gelak. 

Dah janji dgn Cikgu Zam nak upload gambar ni
Bila aku perkenalkan diri sebagai Cikli, Cikgu Zam terus mengenali aku. Apalagi, aku terus bertanyakan persoalan yang bersarang dalam kepala aku selama ini.

"Cikgu, saya ada tengok gambar cikgu dengan player TRW, dulu dengan Peter Butler, Cikgu kerja dengan KAFA ke?

Cikgu Zam memperkenalkan dirinya sebagai event manager KAFA. Oooo patutla.

Sebelum sempat aku mintak tiket free musim 2013(Gurau je), Cikgu Zam memberitahu,

"Hari ni saya last day dengan KAFA..." 

Cikgu Zam rupanya dah dapat posting mengajar di bumi Sarawak. Aku faham, sebagai orang berjiwa pendidik, pastilah Cikgu Zam tidak mahu melepaskan peluang mendidik anak bangsa hatta nun jauh di Sarawak, walaupun sebagai event manager KAFA di Kota Bharu adalah lebih glamour dan banyak peluang untuk bersendeng dengan player bola ternama seperti Apek, Piya, Indra, Matyo, Ghaddar, Daudsu....

Semangat jak oghe Kelate. Ada signature mahal terr ...
Cikgu Zam juga rupanya salah seorang tulang belakang yang menjayakan The Red Warriors Express yang membawa ratusan penyokong TRW ke Bukit Jalil untuk menyaksikan final Piala FA 2012 hari itu termasuk mereka dari pada golongan OKU.

Cikgu Zam tak lupa memberikan kad undangan perkahwinannya kepada aku. InsyaAllah, kata aku. Namun terpaksa di sini aku mohon maaf pada Cikgu Zam kerana tak berjaya untuk hadir meraikan majlis itu.

Kepada Cikgu Zam, aku ucapkan selamat pengantin baru, selamat berjaya di bumi Sarawak. Gomo Kelate Gomo.


Dahlia? Aku bertanya mengusik.
Dahlia lain ni..... Jawab Cikgu Zam tersenyum.
Menurutnya, Apek pon bulat butir mata bila mendapat kad jemputan ini, apalagi bila diusik kawan-kawan.

9 comments:

  1. PPP bw pagi Jumaat dgn satu pertanyaan...Pernahkah kamu terfikir?? http://paripariputih.blogspot.com/2012/05/pernahkah-terlintas-di-fikiran-mu.html

    ReplyDelete
  2. mungkin satu masa, kita pulak yang bertemu. tapi yang pastinya bukan di dalam stadium. :)

    ReplyDelete
  3. :)

    Jumaat yang sudah lama tidak bercuti
    hari ni cuti sebab sekarang di Kedah :D

    lalala..

    hurmm.. kita dua tiga orang ja kawan blog yang penah jumpa... huu..

    sekarang ni kawan pesbuk pulak kikikiki

    ReplyDelete
  4. Oh org kuat TRW cikgu Zam rupanya ye... kalau dia masih di sini mesti Cikli tiap kali musim perlawanan minta tiket free...
    Tak sia-sia kakak sokong TRW...

    Selamat Pengantin baru juga buat Cikgu Zam

    ReplyDelete
  5. heheheh dah jumpa via watsapp application heheh

    ReplyDelete
  6. uncle gedek yang rambut panjang tu?
    Ooooo... :-)

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan,
    Saya sudah membaca post tuan berkaitan pertemua kita, terharu saya dengan pertemuan kita itu. harap ianya satu permulaan yang baik ke arah ukhwah yang terbina dalam kita mencari keberkatan hidup dunia dan akhirat. Saya doakan tuan sekeluarga sentiasa dalam barokah Illahi, Amin.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...