Friday, September 14, 2012

Makan Tempe Nak Jadi Genius



Di tahun 1987 dahulu, masa tingkatan 4 di MRSM Kota Bharu, Reagan, kawan aku yang baru pulang dari Kem Budak-Budak Pandai & Rajin di Selangor telah mempromosikan makanan tempe kepada kami.

"Kata motivator kat sana, makan tempe boleh mencetuskan 'genius' dalam diri seseorang," beritahu Reagan yang baru dinobatkan sebagai top student MRSM Kota Bharu dalam SRP (Sekarang PMR) tahun 1987.

Apa lagi kami budak Kelantan yang selama ini peminat tegar budu cuba beralih arah kepada tempe. Sapa tak nak jadi genius woii...

Aku pun tak terkecuali, tambah pula kalau tempe goreng dengan ikan bilis, memang faveret aku la tu. Sekarang, bila dah berkeluarga, aku cuba ajar anak-anak makan tempe, yelah kan, takkan aku nak genius sorang-sorang dalam famili, anak-anak pun mestilah genius sama. Tapi seorang pun anak-anak aku tak mahu makan tempe. Tak mbohhh... Kata mereka. 

Semalam 13 September 2012, aku tengok dalam berita, satu lagi rekod tercipta di dalam Malaysia Book of Record. Sempena penutupan minggu kemerdekaan ke 55, Kolej Komuniti Kuala Langat telah bersusah-payah mencipta Jalur Gemilang terpanjang yang diperbuat daripada tempe.

Tempe dibungkus dengan kertas dan disusun memanjang. Lalu dicat dengan warna Jalur Gemilang. Idea 'genius' siapa ini, aku pun tak nak ambil tahu. Namun pastinya dia mestilah seorang pemakan tempe tegar.

Kata satu sumber dari Kolej Komuniti Kuala Langat,

"Pemilihan tempe bagi menghasilkan Jalur Gemilang ini adalah satu usaha untuk memperkenalkan tempe sebagai makanan tradisi masyarakat setempat yang boleh dijadikan sebagai ikon makanan sihat."

Tempe yang telah dijadikan bendera itu akan dijadikan makanan haiwan dan baja. Ye lah, dah terdedah kepada kotoran dan cat, mana boleh makan lagi.

Bagi akulah, sebagai seorang pemakan tempe sejak 1987, kalau nak promote tempe sebagai makan tradisi, buatlah aneka juadah daripada tempe, atau hantar tempe satu kontena kepada pelarian Rohingya atau ke Somalia. Bukannya buat sesuatu yang tak boleh dimakan!

Mulai semalam keyakinan aku sejak 15 tahun lalu bahawa makan tempe dapat mencetuskan 'genius' dalam diri seseorang hancur berkecai. Namun begitu, aku masih akan terus memakan tempe seperti biasa, untung-untung aku akan mendapat khasiat tempe yang lagi satu sepertimana yang telah berjaya dikecapi oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd. Khir Toyo dahulu.



10 comments:

  1. Membazir betul.

    Sebenarnya bukan nak promo tempe tapi nak promo jalur gemilang terpanjang. Tempe tu kan makanan, panggillah org ramai tunjuk resepi apa yg boleh dibuat dari tempe itu kan lebih baik.

    ReplyDelete
  2. Hahahha....ooo dia makan tempe sampai muka berkilat tak da kedut...Aku pon peminat tempe dan org jawa tapi muka dah berkedut....kena blend tempe pastu sapu kat muka kot...

    ReplyDelete
  3. ahahaha. malaysia nak buat rekod mesti libatkan apa pesen makanan pon la yg terpanjang,terbanyak .

    ReplyDelete
  4. Salam kenal Cikli

    Makchaq pun semnjak mula makan jadi peminaat tempe tegar, sampai ada niat nak kawin ngan orang jawa sebab suka sangat tempe..(tapi salah makan kot, tak genius)

    Orang Malaysia ni buat suka rekod bab makan2 kot.. roti canai la.. pulut la, nasik lemak la.. yg semuanya lepas buat dah tak boleh dimakan pulak...

    ReplyDelete
  5. Temp mmg sedap tp sejak gout ni kene kontrol....

    ReplyDelete
  6. Wah.. Segera mau cari tempe masa baca tajuk. Dah habis baca entri- kensel niat..

    Eh, tertanya juga muka KT tu bkilat semacam...

    ReplyDelete
  7. kahkahkah... mungkin tempe juga leh dijadikan bahan asas botox.

    ReplyDelete
  8. Ada pulak orang kata orang2 kelantan cerdik sebab makan budu, oran jawa cerdik sebab makan tempe.

    ReplyDelete
  9. Saya bukan jawa tp suka Tempe! Hehehe

    ReplyDelete
  10. hahaha im laughing a lot baca entri ni. thank you!

    fun, dan berisi :D

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...