Saturday, September 8, 2012

Mesyuarat Punggung

Sebuah jawatankuasa yang baru dibentuk bermesyuarat untuk menangani masalah seorang budak nakal yang menonggeng punggung ke atas gambar pemimpin negara dan isterinya.

"Kita dakwa saja dia di mahkamah!" Bengis betul suara pencadang pertama yang bermisai tebal.

"Kita nak dakwa bawah akta mana? Seksyen berapa?" Tanya yang lain.

"Cari je la dalam Kanun Keseksaan ke, Akta Hasutan ke, Akta Perjudian ke, Kongsi Gelap ke, Maksiat ke... Budak kurang ajar macam tu tak boleh dibiarkan," pencadang bermisai tebal semakin ketara kemarahannya. Maklumlah gambar pemimpin kesayangannya ditayang  punggung.

"Mula-mula kita buang kolej dulu budak ni, biar dia reti," cadang pula seorang yang songkoknya paling tinggi di dalam mesyuarat itu.

"Jangan musnahkan masa depannya, berfikir dengan otak, jangan dengan punggung tuan-tuan. Kita denda dia cara lain. Budak tu ada masa depan yang cerah," sanggah seorang ahli mesyuarat.

"Peduli apa masa depan dia cerah. Buang saja budak tu dari kolej!" Si songkok tinggi melampiaskan sifat sebenarnya.

"Come on man. Kalau kesalahan merogol budak bawah umur boleh lepas sebab tertuduh 'mempunyai masa depan yang cerah' takkanlah kesalahan tunjuk punggung ini lebih dasyat," seorang lagi ahli mesyuarat menyampuk.
"Lagipun budak tu hanya terpengaruh....." Sampuk seseorang.

"Ya terpengaruh dengan pembangkang. PR tu memang sial ajar anak-anak muda berkelakuan biadap," ahli menyuarat bersongkok tinggi mengambil peluang menyerang PR.

"Kepimpinan melalui teladan. Budak ni bukan terpengaruh dengan PR. Dulu ada orang kencing gambar Haji Hadi, Nik Aziz, Lim Kit Siang, ada diambil tindakan? Tak ada, sebab itulah budak-budak sekarang berani tiru," ada juga rupanya ahli mesyuarat yang berani melawan arus.

"Itu pemimpin pembangkang, lain. Ini melibatkan pemimpin negara, Perdana Menteri," jawab si misai tebal.

"Mana boleh beza-bezakan macam tu. Zaman Khalifah Umar Al-Khattab, seorang raja yang menampar orang yang terpijak jubahnya yang meleretpun dikenakan qisas tampar balik. Islam tak pilih bulu," seorang lagi ahli mesyuarat menyampuk.

"Budak tu pergi kolej naik apa?" Tiba-tiba pengerusi mesyuarat bertanya.

"Naik Skuter Ego bos," jawab si misai tebal. 

"Beginilah, buat sementara ni, kita hukum budak ini dengan mewajibkan dia mengisi skuternya dengan minyak RON 97," saran pengerusi.

"Wow, RM3 seliter tu bos, duit PTPTN dia tak terjejas ke bos?" celah seseorang.

"Itulah yang kita hasratkan, biar dia suffer dan belajar bersyukur dengan apa yang kerajaan BN buat sekarang ni," beritahu pengerusi.

"Tuan-tuan. Sebenarnya, harga minyak yang naik, memilih bulu dalam tindakan inilah yang membuatkan generasi muda kita sekarang meluat dengan kita dan sanggup tunjuk ponggong kat gambar pemimpin kita. Itu belum cerita lagi pasal rasuah, kronism, berita media yang berat sebelah, tindakan dan kenyataan pemimpin kita yang sering membodohkan rakyat, pembaziran, putar-belit ...." si pelawan arus dalam mesyuarat kembali berkata-kata.

"Betul... Jangan asyik tengok salah orang. Kaji juga apa silap kita," sampuk seseorang.

"Jangan sampai kita mati pun ada orang sanggup kencing atas kubur kita, masih belum terlambat untuk kita berubah," tambah lagi seseorang.

"Kita rehat dulu 15 minit," kata pengerusi sambil menyuap sebiji pau yang gebu ke mulutnya. Memang sejak dari tadi dia asyik memerhatikan pau 2 biji yang berhimpit dalam pinggan dihadapannya. Betul-betul macam punggung budak nakal tu, hisshhh... Fikirnya.

9 comments:

  1. isi penting:
    - budak itu- akhirnya bebas..
    - harga minyak naik.. tapi x kluar berita.. terkejut bila dah isi minyak..

    isk isk..

    ReplyDelete
  2. rogol tak pa pasal masa depa perogol amat-amat penting bukan yang kena rogol, yang kena rogol lingkup pi masa depan dia ! tunjuk bontot kat pemimpn kesayangan mesti & wajib bagi hukuman yang amat-amat berat pasal memang masa depan tarak kira punya ! ABU !

    ReplyDelete
  3. Kena adil dlm tindakan. Bila adil baru orang respect. Jangan amal double standard. Respect must be earned.

    ReplyDelete
  4. Dacing semakin sengat tu yg kena perbetul. 'Budak' ini bukan sebarang budak. Kalau dia bodoh tak adanya dia boleh jadi pelajar. Hukumlah kalau tak semakin ramai 'budak' yg bangkit..

    ReplyDelete
  5. eh... sengetlah bukan "sengat" tersilap hihi...

    ReplyDelete
  6. Malaysia adalah negara yg paling aneh di dunia. Dulu ada sekor manusia durjana hadiahkan kek berbentuk tahi kpd KM penang, dia dianggap wira. Pernah juga askar pencen yg gila vavi membuat tarian punggung dpn rumah ambiga, mrk dianggap mujahid. Tapi bila ade pelajar tunjuk punggung kt gambar haji najib, kecoh satu Malaysia. Apa kejadah ni. Adilah sikit... Seronaklah jadi ahli umno, boleh buat apa sahaja kesalahan, sebab sentiasa ada 'syafaat'

    ReplyDelete
  7. aku terpaksa tak amik tahu soal ketidakadilan nih. kadang buat aku lagi mencarut lebih teruk dari mencarut masa main playstations.

    ReplyDelete
  8. Hahahhaha....memang terbaik!!!..cerita najib rosmah menari tarian hari raya takde..???

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...