Tuesday, May 19, 2009

Krisis Perak Krisis Si Jahil


Jahil 1 - Jenis yang sanggup buat apa saja atas nama ketuanan Melayu. Undang-undang tolak tepi. Ceritanya...

Abang Yi sedang berjemaah sembahyang jenazah arwah datuknya. Bila imam takbir, dia bantai rukuk dan sujud. Selepas sembahyang mayat selesai, Abang Zar tegur perlakuannya....Kenapa rukuk dan sujud. Dengan muka bengis Abang Yi menjegil kearah Abang Zar dan berkata,

“Yop apa tau! Yop tu sapa? Ini datuk mike yang meninggal..... Mike rapat benor dengan arwah.... Sebab tu mike kena buat lebih daripada orang lain. Mestilah rukuk dan sujud....”

Pak Imam janggut sejemput hanya buat-buat tak dengar dan berpaling ke lain.
.

Jahil 2 – Jenis yang baca Utusan dan Berita Harian dan hanya tengok TV1, 2, 3 dan Akademi Fantasia saja. Tak tahu isu sebenar, angguk aje. Ceritanya...

Pak Man mengimani sembahyang Zohor di Surau. Sedap juga parau suaranya membaca al-Quran. Selesai sembahyang Pak Mat menegurnya... Kenapa baca kuat semasa sembahyang Zohor.

Pak Man terus berkata,

“Oh...Iya ke Zohor? Mike ingatkan Asar.... MasyaAllah...”

4 comments:

  1. Hai.. Duduk Jepun pun still teringatkan Perak ke?

    ReplyDelete
  2. anon,
    perak dah balik ke zaman shogun tokugawa. siapa kuat dia berkuasa. emperor ada, tapi.... baca sendirilah sejarah jepun.

    ReplyDelete
  3. Kirim salam sama member lain disana.
    -seluang-

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...