Wednesday, May 27, 2009

Seloka Orang Kononnya Sayang Parti


Aku ada bukti jelas dia buat dan kata begitu
Ada pemanggil beritahuku satu persatu
Nak tahu lebih lagi, jom kita bertemu
Kalau masuk paper, memang berita ni laku

Matlumat ini memang sahih
Kudapat dari sumber yang terpilih
Memang kau tak percaya kerana dia nampak salih
Orang politik ni mana ada yang bersih

Sumber sahihku ada memberitahu
Dia dengar ini semua daripada si anu
Kejadian itu memang betul-betul berlaku
Si dia tu betul-betul buat parti kita malu

Si anu kawanku itu orang pangkat besar
Maklumat daripada dia semuanya benar
Makan minum kawan dia yang selalu bayar
Masa itulah maklumat tersebar

Sumberku memang sohih dan tepat
Lihat sendiri ? Oh! Aku berada di lain tempat
Aku sibuk,nak ke sana mana ku sempat
Don’t worry, baca saja blogku nan hebat

Apa? Kau kata ‘hear say’ tak pakai
Aku dapat berita ni bukan daripada macai
Informer aku semuanya orang pakai neck-tie
Aku hanya tak nak parti ni hancur berkecai

Kalau kau tak nak percaya juga, sudah
Kau orang semua boleh blah
Memanglah aku tak lihat sendiri, tapi maklumat ini sah
Kerana sayang parti je aku dedah.....
.

No comments:

Post a Comment

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...