Kematian mengejut adik sebulan lalu kerana kemalangan dekat universiti di Tanjung Malim mengundang ramai tetamu ke rumah. Ramai antaranya kenalan adik yang tidak kami kenal. Mereka datang dari jauh dan dekat. Ramai sungguh.
Suatu pagi sehari selepas hari kematian, seorang lelaki separuh umur datang dengan Iswara separuh umur. Aku memang tidak kenal akannya. Aku agak ayah pun tidak kenal lelaki itu dari kerutan dahinya. Kami menyambutnya seperti biasa sebagaimana tetamu lain.
Lelaki itu membuka bicara dengan bertanyakan nama arwah adik.
Kemudian dia meneruskan bicara,
“Beginilah....kita semua ni bukan fanatik....”
Aku tersentak. Talhah di atas dukungku ku dakap kemas-kemas. Aku agak lelaki ini mesti barua seseorang, lantas aku berlalu dari situ dan bergegas menyapu sampah di laman sambil mendukung Talhah.
Tetapi telingaku tetap dapat mendengar dengan jelas lelaki itu berhujah kerana suaranya semakin kuat. Nampaknya dia semakin bersemangat. Ya, lelaki ini berceramah politik di rumah yang baru menghadapi kematian pada semalamnya. Rumah yang sedang dilanda kesedihan kerana seorang anggotanya telah maut dalam kemalangan tragis.
“Datuk Brehim Ali ni dia jujur sungguh untuk bela Melayu....” Itu antara kata-kata lelaki itu yang aku dengar walaupun aku cuba memekakkan telinga. Orang parti katak bebas cap payung rupanya.
“Sekarang orang dah berani cabar Melayu, cabar Islam. Dulu zaman Dr. Mahathir mana ada orang berani buat semua ni .......”
Mmmmm.... main nama Mahathir pulak dah, hatiku bergelodak.
Aku pun nak tak nak menghampiri lelaki itu yang tengah rancak berhujah. Ayah hanya diam sambil tersengih kelat. Seorang-dua tetamu lain nampak blank kebengongan kerana tiba-tiba terpaksa dengar ceramah politik free di tempat kematian.
“Artikel xxx Perlembagaan Persekutuan jelas mengatakan bla bla bla”
Lelaki ini makin hilang kewarasan semasa aku menghampirinya.
“CUKUP LA TU. ESOK PULAK,” Kataku tegas.
Lelaki itu tersentak dan diam tiba-tiba.
“Kalau nak cakap bab politik, saya pun boleh. Tapi esok lah,” aku memotong terus stim lelaki separuh abad itu. Aku sedaya upaya tak nak bersikap kurang ajar pada tetamu di samping menjaga air muka ayah.
Sebelum berlalu, lelaki itu menghulurkan sampul surat berisi wang sebagai tanda takziah atas kematian adik. Sempat juga dia mengambil nama penuh adik dan mencatitnya.
Politik punya pasal, kematian tragis pun ada orang nak cilok ambil peluang berkempen politik sempit. Bengong betul.

Assalamualaikum. Brahim ali nga amno serupa joh. Jenis peranga hudoh. Oghe kapo kata peranga srupo ***i
ReplyDeleteAsalkan melintas di hadapan mata julur dan libas lidah panjang...dah memang makanannya...
ReplyDeleteadik abe budok falahiah kan
ReplyDeletemujo dio mati mudo
dlm perjuangan plk tu
moga2 duduk dalam paruh burung hijau di syurga
salam pa,
ReplyDeletebudok falahiah tu saing dia hok naik gendong mutor. budak tanah merah.
adik ambo tu sekoloh smk kedondong dan tendong.
terima kasih.