CERITA 1
Beberapa meter sebelum melalui pintu gerbang pemisah Terengganu dan Kelantan, Salsabila mulai mengira.
Satu...
Aku yang sedang memandu tenang saja.
Dua....
Sampai saja di bawah pintu gerbang, ...Tiga...
TAKDIR! TAKDIR! TAKDIR!
Takbir la Kakak.... Kami semua ketawa serentak.
Semangatnya betul, vocabnya salah.
CERITA 2
Sudah masuk Maghrib, kami baru sampai di bandar KT. Sekejap lagi sampailah di rumah kami di Chendering.
"Abah!" Salsabila memecah suasana dalam kereta.
"Tadi di kedai tadi ada tulis, nasi kerbau la abah".
Hah..
Ting!
Nasi kerabu la kakak.
Kami sekereta tertawa. Hmmmm...
CERITA 3
Aku bertanya,
"Di sekolah kakak, kelas nombor satu Ibnu Sina kan? Kelas Kakak Ibnu Majah nombor dua?"
"Ya, tapi cikgu dah tukar.... ada kelas Cendawan".
Aku pelik tapi diam aje, menunggu Salsa bersuara lagi.
"Ada kelas Bistari....Arif...."
Ting!
Cendekiawan la Kakak, bukan Cendawan!
Salsa tetap selamba....
CERITA DULU
Sepetang dalam kereta semasa pulang dari Sekolah Tanjung Aru 1, Kota Kinabalu, Salsa memberitahu,
"Ujian Pendidikan Seni nanti, kakak nak buat kad raya la abah"
Aku angguk setuju.
"Kakak nak lukis ketupat, pelita..... tebu..."
Tebu? Takkan 1Malaysia sampai raya puasa pun ada tebu macam deepavali.
Ting!
"Lemang la kakak! Bukan tebu. Buluh tu....."
"Mana kakak tahu", jawab Salsa sambil mengilai kecil.
*****
Musim sekarang, baik cerita pasal anak-anak daripada cerita politik.
Tak sakit hati.
teringat lubuk siti...
ReplyDeletecendekiawan? cendiakawan? abah salsa pon konfuse da...
ReplyDeletemakan di pinggan, minum di cawan.
Ada 2 kemungkinan si salsabila selalu silap:
ReplyDelete1. baru belajar bahasa, atau
2. gara-gara ppsmi
ha ha ha
boleh bayang mcm mano salsa sebut takdir....
ReplyDeletecende mung!
ReplyDelete