Wednesday, April 7, 2010

Mimpi Seorang Ayah


Ketika aku sedang cuba menyempurnakan sesuatu (tak ingat pula apa bendanya), ada sesuatu yang panjang semacam tali pinggang atau ular asyik mengganggu aku.

Objek itu tak putus-putus mematuk, memukul, membidas aku. Sakit tidaklah sangat, tetapi terganggu amat.

Tidak tertahan lagi, aku lantas menangkap objek itu dan menggigit kuat-kuat. Ngap! Sekali.

Ahhhhh!!!!!!!

Talhah di sebelahku tersedar dari tidur kerana kesakitan. Alamak……. Aku tergigit kaki kecil Talhah.


“Maaf dik…. Abah menggigau kekah kaki adik…. Abah tak sengaja”, sambil aku membelek-belek kaki kecilnya jika ada kesan gigitan. Bukan nampak pun gulap gulita...

5 comments:

  1. kahkahkah mimpi kekoh ular.. tido dok basoh kaki

    ReplyDelete
  2. Kalu Talhah kekah ibu jari kaki dia, orang tua kata nak boleh adik,tapi kalu ayah Talhah yang kekah...makde nak boleh 'adik' kot...jgn marah...

    ReplyDelete
  3. bahaye nih,ayoh do..

    ReplyDelete
  4. jgn kekah benda lain li...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...