Aku balik kampong setelah selesai peperiksaan akhir A-Level, 1992.
Esoknya, kakak aku yang mengajar di Taski Al-Huda tergesa-gesa balik ke rumah. Dia minta tolong aku menggantikannya.
“Ganti apa?” Tanyaku kehairanan.
Kakak menyuruh aku ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai (SMKKK). Ada orang offer dia jadi cikgu ganti. Mengajar Bahasa Inggeris dan Geografi. Tapi sekarang dia suruh aku ganti dia pulak. Keberatan juga aku.
“Seluar takda. Semua dah basuh”, aku beralasan. Tapi memang betul, seluar slack aku yang ada 2-3 helai telah mak kutip basuh.
“Carilah seluar mana yang ada Li, tulong aku deh”, kakak memujuk.
Kakak menyelongkar dalam bilik mencari seluar slack. Akhirnya terjumpa seluar slack ayah yang sememangnya hanya sekali atau dua kali aku melihat ayah memakainya. Maklumlah ayah orang kampong, uniformnya hanyalah pelikat, t-shirt dan kain batik lepas sebagai semutar.
Aku cuba memakai seluar ayah.
“Besarlah Na, malu aku. Tak payahlah Na.....”Aku makin keberatan.
“Tulonglah Li, aku dah janji dengan orang tu....Seluar ni nampak sedang molek je. Ok apa....Biasa la seluar slack macam ni”, akhirnya aku termakan pujukan berbaur belas kasihan kakakku.
Aku naik teksi (kereta sewa) ke SMKKK. Bermulalah kerjaya aku sebagai guru ganti.
Balik ke rumah tengah hari itu, kakak aku gelak besar.
“Bakpo?”Aku bertanya.
“Seluar mu pakai tu....geboh(besar)”, beritahunya terus gelak.
“Alamak, jatuhlah saham aku”, aku memprotes.
“Aku nak sukko takdi lagi, tapi kalau aku gelak nanti mung tak pergi pulak”, kakak terus membuat pengakuan.
Nak tak nak, aku hanya boleh tumpang gelak. Cerdik betul politik kakak.
Rezeki aku agak murah. Lepas mengajar di SMKKK, aku dapat lagi offer jadi guru matematik di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra (SMSYP). Sehingga result A-Level keluar, aku tiada masa yang tersia begitu saja. Terima kasih kakak kerana menjadikan aku seorang cikgu.
Selamat Hari Guru untuk aku.
hihi...selamat hari guru ayohdo...
ReplyDeletearigato bonda-san.
ReplyDeleteWalaupun masa tu aku kat KL, tapi aku boleh bygkan...itulah tnggungjwb kakak pd adiknya. Aku teringat baju Mokna buat (warna kuning nyela, nak boleh buat mmkan masa 2...3 bulan lepah buat tekok besar mcm appolo. Aku pakai jugak ari jumaat gi keje. Loyar tegur belaka, warna mokna pilih...aku belasah je...
ReplyDeletepokmuda,
ReplyDeletetanpa kalian, tak hensemlah hidupku....
wie,
ReplyDeletetekok apollo...hahaha..
ada rasa mace kucing dok gattong bajju atah belake ke....kakaka....
salam cikgu li,
ReplyDeleteselamat hari guru...
salam abah aman...
ReplyDeleteabah pon cikgu kerastangan saya dulu...nostalgia betul.
Cikli hak herannya, baju teluk belanga Pak Ud comel pulak dia buat...c yap dapat pujian lagi. Ikut "anak Mood" kalis.(Mustafa Mahmood)
ReplyDelete