Ramai yang marah apabila Datin Seri Rosmah Mansur, isteri PM kita memakai gelaran First Lady, terutama dalam iklan 2 muka surat dalam New York Times baru-baru ini.
"Kalau dia first lady, Permaisuri Agung tu nak pakai gelaran apa?" Itu antara hujah orang ramai.
"Sejak bila negara kita jadi republik ni?" Rungut sesetengah yang lain.
"First Lady tu untuk Permaisuri Agung la...." Rata-rata tidak bersetuju dengan Rosmah.
Akupun tak bersetuju. Tapi aku taklah marah. Lagipun dah lama dah Rosmah dirujuk dengan gelaran First Lady oleh media pencacai.
Aku teringat Cikgu Fizik, Cikgu Sharifuddin( Selamat Hari Guru Cikgu) semasa A-Level. Dia mengajar kami laws of thermodynamics.
First law of thermodynamics berkaitan conservation of energy. Energy cannot be created nor destroyed, except by Allah's will.
Second law of thermodynamics yang berkaitan entropy juga dikenali sebagai the Law of Increased Entropy. Ia mengatakan, in a system, a process that occurs will tend to increase the total entropy of the universe.
Third law of thermodynamics pula mengatakan as temperature approaches absolute zero, the entropy of a system approaches a constant minimum.
Tak lama kemudian, para saintis menyedari keutamaan thermal equilibrium among bodies iaitu,
"If A and C are each in thermal equilibrium with B, A is also in thermal equilibrium with C."
Mahu dinamakan Fourth Law of Thermodynamics, ianya lebih fundamental, mahu dinamakan First Law of Thermodynamics, nama ini sudah dipakai oleh orang yang kurang sabar dan kurang teliti.
Oleh itu, muncullah Zeroth Law of Thermodynamics.
Atau, Prinsip Termodinamik yang ke kosong!
Kalau ada lagi prinsip yang lebih fundamental, namakan saja Prinsip Termodinamik yang ke negatif satu.
...
Tulisan ini tak berniat nak menghina sesiapa, penulis sekadar teringat Zeroth Law of Thermodynamics apabila isu First Lady geger. Apa-apa pun 'ladies first' tetap menjadi ikutan penulis.
yahahahaa... sangat setuju.
ReplyDeletetapi tak suka la belajar fizik.
tapi amik letrik banyak guna fizik.
macam mana tu?
latifah,
ReplyDeletefizik itu indah