Monday, May 24, 2010

Rahsia 35 Tahun Terbongkar

.
Dalam kesejukan 4.30 pagi, aku mengetuk pintu rumah. Mak menyambutku dengan wajah ceria dan bercahaya. Aku agak mak dah lama bangun. Memang kebiasaan mak bangun awal dan solat sunat. Selepas itu mak akan membuat kerja-kerja rumah sehingga masuk waktu Subuh dan terus ke masjid.

Kebetulan abang aku pun ada di rumah mak, jadi kami berborak mesra pagi tu. Mak, abang dan aku. Sejak aku ke Sabah, memang jarang kami dapat berpeluang bersama adik-beradik. Jadi pagi yang dingin itu kami hangatkan dengan kisah-kisah lampau. Kisah Bakri, kisah Noji, kisah Shano, kisah Inun (bukan Inul Daratista), kisah Jah, kisah Mek Na, kisah Nawi, kisah Moli. Tak lengkap tanpa kisah arwah Ayah. Sebenarnya kerana kami semua rindukan arwah ayah.

Kisah kenakalan Nawi sering membuatkan aku terkekeh walaupun dah banyak kali aku mendengarnya. Mak pula sering menyebut dia mengidam nak makan pelanduk (atau rusa?) semasa mengandungkan Nawi. Alhamdulillah, arwah Ayah dapat mengadakannya dengan tulang empat keratnya.

Juga Mak mengingatkan aku tentang kecekalan Jah dan Inun mengasuh adik-adik. Terutama Inun yang terpaksa keciciran sekolah kerana mengasuh adik-adik. Kisah bakri yang pada mulanya malas pergi sekolah, dan arwah ayah secara psikologinya membawa dia pergi membajak sawah, untuk dia melihat itulah masa depannya jika tidak ke sekolah. Akhirnya Bakri bersekolah sampai tua, sekarang pun masih ke sekolah lagi haha. Sampai naik kapal terbang nak ke sekolah....

Akhirnya, emak membuka satu rahsia,

“Mujur arwah Ayah daftar nama mu Ramli.... Mak suruh letak P. Ramlee....”

Rupanya Mak peminat P. Ramlee juga. Maklumlah aku lahir tahun 1972, setahun sebelum P. Ramlee meninggal di usia muda.

“Mujurnya mak.... Terima kasih ayah,” kataku buat-buat serius. Abang aku, Nawi gelak sakan. Tadi aku yang gelak tentang kenakalannya.

Aku amat yakin, kalau arwah Ayah daftar nama aku P. Ramlee pada masa itu, pasti kerani dekat ofis pendaftaran tu akan tulis PIRAMLI begitu.

Terima kasih ayah kerana menyelamatkan aku selama 35 tahun ini. Ha Ha Ha...
.

8 comments:

  1. Patutpun masa kecik asyik teriak(nangis) malam...

    ReplyDelete
  2. Orang kampung Pak Man ada seorang yang namanya PIRAMLI BIN MAT DAUD. Sekarang dah tua, dah dekat 60 tahun dah umur nya. Kerja sebagai tukang rumah.

    ReplyDelete
  3. pokman- mungkin p.ramlee pun tiru nama pakcik piramli nih...
    pokmudo-silap orang tu...

    ReplyDelete
  4. Aku plaks ... Bila aku lahir je, adik-beradik aku tulis nama-nama dalam buku 555 sampai penuhlah buku tu. Iskandar, Sulaiman dan macam-macam nama lagi. Akhirnya, aku dinamakan Ahmad Suhaimi sempena plat kereta AS 4804 yang sedang digunakan oleh keluarga kami. Hu Hu Hu.

    ReplyDelete
  5. Di Dewan Makan Kolej Tanjung, saya tercekik dan mengeluarkan bunyi macam ikan paus - rakan sekampus kata macam Free Willy, kita panggil President William ni Willy. (sblm peristiwa itu saya dipanggil President William).

    ReplyDelete
  6. ingat ke suko wheelie masa merempit

    ReplyDelete
  7. Motor cokia je, nak merempit camner ...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...