Sunday, February 19, 2012

Antara Masjid & Stadium

Talhah
Salah satu kebahagiaan seorang ayah ialah apabila anak lelaki sudah besar dan boleh dibawa sama-sama berjemaah di masjid.

Malam ini, aku dan Talhah ke Masjid Raja, Chendering. Semasa balik, Talhah query,

"Tak ada pong raja sembahyang tadi."

"Oooo... Raja sembahyang masjid lain," jawab aku.

"Kalau gitu, itu masjid biasa bukan masjid raja," simpul Talhah. Aku hanya senyum.

Apakan daya kami di Chendering, Kuala Terengganu. Kalau kami di Kota Bharu, bolehlah kami teruskan aktiviti father-son malam ini ke Stadium Sultan Muhammad ke IV pulak. Kelantan vs Sarawak, perlawanan kalah-mati pusingan pertama Piala FA.

Err... Dapat bawa anak lelaki ke stadium pun kebahagiaan seorang ayah juga ke?
Masjid Raja Chendering yang penuh keunikang. Gambar dari Google.

4 comments:

  1. sunat talhah cepat2.. pastu boleh bawak gi masjid tanpa was-was

    ReplyDelete
  2. heheheh./..

    teringat masa ngajar Qiraati sebelum ni.. ada anakl murid lelaki tengok gambar dalam HP... masa tu dalam Dewan Milenium, sambutan ulangtahun PAS ke-60..

    Dia ingat dalam stadium.. dia cakap pada saya dan rakan sekerja saya "eh orang beriman pun pergi tengok bola?>???"

    haha! mesti tngok gambar muslimat, dan mungkin bendera Pas yang tergantung di sangka "bola".. hihihii

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...