Friday, February 24, 2012

Parasit di Kuala Terengganu


Seminggu-dua ini, kawasan sekitar Kuala Terengganu diwarnai dengan gambar Pakar Motivasi tersohor Datuk Dr. Hassan 'Jati' Ali yang bakal menggegar di Stadium Negeri, Batu Buruk pada Sabtu ini pada program Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah.

Turut mewarnai bandar Kuala Terengganu adalah gambar bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin di kain pemidang yang bertajuk Membongkar Penyelewengan Pakatan Rakyat.

Huh! Tak cukup dengan TV, radio, akhbar, majalah yang nak-nak hari, nak-nak malam yang mengajar kita tentang penyelewengan dan kebusukan Pakatan Rakyat, perlu lagi dipanggil parasit-parasit ini untuk 'kelas tambahan'. Bodoh sangatkah kita ini?

8 comments:

  1. mereka cukup kuat. mereka dah dominasi. dan merasakan mereka diterima oleh semua lapisan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Parasit.. teringat ko sajak mung

    ReplyDelete
  3. Kesiannya dia.... usia kian menginjak senja tetiba jadi macam ini. Padahal dulu dia bukan main disanjung tinggi kerana motivasinya. Betul juga org kata pandai memotivasi org tapi diri sendiri belum tentu dapat dimotivasi...

    Ada ke yg nak dengar tu...

    ReplyDelete
  4. salam cikli. Perjuangannya seakan sama perjuangan Abdullah bin Ubai.

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah selamatkan Terengganu.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...