Thursday, May 17, 2012

Mupti Sana Mupti Sini


"Buah nenas ini patut diharamkan," syor Mupti Sini.

"Kenapa?" Tanya Mupti Sana.

"Coba ente rasa," Mupti Sini menyuakan sepotong nenas ke mulut Mupti Sana. "Ate ada ente rasa macam buah epal?"

"Betullah takde rasa epal pun. Sikit pun tidak," iya Mupti Sana.

"Kan ana dah cakap, buah ini menyeleweng, patut diharamkan," Mupti Sini menguatkan syornya.

"Betul, namun ana serah pada kebijaksanaan ente. Ente lebih senior, ente lah yang mulakan muzakarah pengharaman buah nenas ni," Mupti Sana memberikan bola sepenuhnya kepada Mupti Sini untuk dimainkan.

Hari itu Mupti Sana dan Mupti Sini mencapai resolusi untuk mengharamkan buah nenas atas alasan nenas memakai nama orang putih sebagai 'pineapple', walhal nenas tiada sedikitpun rasa buah epal!

**

5 comments:

  1. Oh kisah sebiji nenas rupanya.

    ReplyDelete
  2. lama dah nenas nak jadi epal tapi tak boleh ;)

    ReplyDelete
  3. Kalu mcm tu serai pun kena diharamkan kerana memakai nama orang putih lemongrass. Serai ada rasa lemon ka ??

    ReplyDelete
  4. Cikli baru perasan ke? Kakak lama dah tahu bukan aje nenas.. Tak lama akan keluar fatwa kopiah putih tak boleh pakai sebab dia putih.. kalau hitam tak apa hahaha... lawak kakak buat Cikli sorang aje tau... bukan utk org lain.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...