Wednesday, December 12, 2012

Berat Nanang Tahap Mega

Tak bahaya pun!!!
Penduduk kampung sudah mengamuk! Mana mereka boleh tahan dengan bau busuk najis manusia di halaman rumah masing-masing. Yang menjumpai najis atas tangga rumah mereka pun ada.

Jadi hari ini mereka sepakat. Lanis, seorang pemuda terkenal nakal di kampung diheret oleh penduduk kampung ke rumah pengerusi JKK.

Penduduk kampung menangkap Lanis red-handed sedang 'melepas' di atas mozek tangga rumah Lebai Maslan. Apalagi dengan seluar londeh itulah mereka menghadapkan Lanis ke hadapan pengerusi JKK. Biar seluar londeh itu menjadi bukti dan biar pengerusi JKK yang putuskan hukuman ke atas Lanis. Kalau boleh biar dibuang daerah terus!

"Sabar... Biar saya siasat," tenang suara pengerusi JKK, penuh gaya kepimpinan.

Setelah menyoal Lanis lebih kurang 3 minit. Pengerusi JKK melepaskan Lanis pergi dan memanggil penduduk kampung yang nyata tidak berpuas hati apabila Lanis dibiarkan pergi begitu sahaja tanpa menerima sebarang hukuman.

"Sabar.... Cuba pegang ini."

Pengerusi JKK memberikan pisang, apple, nasi bungkus dan air kotak yeos kepada penduduk kampung untuk dipegang. 

"Apa kena mengena benda ni dengan kes kami wahai pengerusi yang berat nanang?" Tanya kasar seorang penduduk kampung yang nyata sudah hilang sabar dan tidak faham dengan tindak-tanduk pengerusi JKK.

"Sabar....Aku dah siasat tadi," jawab pengerusi JKK, masih tenang, setenang Dato' Mustapha Mamat menjawab persoalan pembangkang di dalam parlimen.

"Pagi tadi Lanis hanya makan pisang, apple, nasi dagang dan air yeos. Jadi, najis di hadapan rumah tuan-tuan hanyalah produk daripada benda-benda ni sahaja. Tiada racun. Alhamdulillah, Lanis tak minum racun pagi tadi, jadi dalam najis tu tak  ada racun.... Balik lah semua. Semuanya selamat," panjang lebar penerangan pengerusi JKK.

"Alhamdulillah.... " Sahut penduduk kampung ramai-ramai sambil berlalu pulang.

8 comments:

  1. Pagi semalam makan maggi. Tengahari minum teh o. Malam tadi makan maggi dengan indocafe coffeemix.

    Pagi ni tak boleh jadi, terpaksa beli nasi lemak RM1.50 kat kafetaria makan dgn air suam. Tengahari mungkin tak makan apa. Tapi belah petang ada mesyuarat. Hrp2 bukannlah kuih tiga ketul; tapi mee kari ke mee sup ke sebab malam ni tak pasti nak makan apa. Maggi sudah habis.

    Kiranya rezeki Lanis lagi murah arrr .....

    Sy merasa jugak burger McD ... tapi bukan sy ambik .. kakak sy ambil. Dia bawa sekali durian mangkor yg dijumpai dlm tong sampah masa hendak kutip botol. Sy tak sangka ... keluarga sy dh tahap cari makanan dlm tong sampah.

    Minggu lepas sy makan mempelam. Lepas habis makan kakak sy cerita dia terjumpa di tempat tunggu bas ekspress di Medan Gopeng. Hu Hu Hu. Sy harap tuan punya buah halalkan. Kalau sy tahu sy tak makan. Durian lain cerita, org lain dh buang dlm tong sampah. McD ?? No comment.

    Tapi minggu depan rezeki aku murah .... pagi, tengahari dan petang ada makanan daripada Isnin sampai Jumaat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Yang Kedua Belas Perak Darul Ridzuan.

    ReplyDelete
  2. jika Lanis berada di halaman rumah pengerusi JKK dan orang atas yang lain, agaknya sama tak reaksi mereka?

    mudah mereka mengatakan ia ndak ada apa2... kerana mereka di kayangan sana...

    ReplyDelete
  3. beria je mngamuk bagai, sekali dapat pisang apple air kotak terus lesap.. hmmmmmm

    ReplyDelete
  4. Pengerusi JKK kena pandai sebab takut Lanis berak depan rumah dia baik sumbat mulut dgn epal dan sebagainya kat org kampung. Tunggulah akan tiba masanya ujud satu pemimpin penduduk kampung yg tak mahu epal dan air kotak sebagai penutup amarah.

    ReplyDelete
  5. hahaha, best kalau sambung criter ni.. Lanis bosan dok kt kg lalau dia mengembara ke Kuantan dan menukar namanya kpd Lynas..

    ReplyDelete
  6. sampai macam tu sekali nak cong orang.. astaga

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...