Saturday, March 16, 2013

Politik Pakar Motivasi

Seperti yang aku selalu sebutkan dulu, aku memang tak berapa minat ceramah motivasi. Namun banyak kali aku terpaksa pergi mendengar. 

Di satu sesi ceramah, seorang pakar motivasi menyuruh kami menulis tarikh lahir dan menurunkan tandatangan pada satu kertas.

Selepas itu dia mula membuat tafsiran bagi setiap tandatangan dan tarikh lahir tersebut. 

"You ni anak bongsu kan?" Tanya pakar motivasi kepada seorang peserta perempuan.

"Eh! Macam mana Dr. tahu?" Tanya balik peserta tersebut dengan penuh kekaguman.

"Orang yang lahir pada tarikh ini biasanya lembut, manja....bla..bla... Tandatangan ini pun melambangkan pemiliknya mempunyai sifat bla..bla... Sifat ini biasanya dimiliki oleh anak bongsu dalam keluarga.... bla bla..."

Huiss, panjang teori pakar motivasi manambahkan kekaguman dan keyakinan para peserta kepada beliau. Aku masih lagi terasa boring.... Hmmm lahir time bulan mengambang pun, apa kena mengena dengan sikap kita. Aku masih berpendirian begitu.

"18 Mac 72 ... Siapa  punya ni, kreatif .. Macam belalang?" 

Pakar motivasi menunjukkan kertas yang bertandatangan macam belalang pelesit di tangannya. Memang aku punya, lalu aku mengangkat tangan.

Pakar motivasi berdiam 3-4 detik sambil memandang aku sebelum berkata,

"Untungnya isteri awak!"

Ulp. Terkedu aku mendengar tafsiran pakar motivasi tentang tandatangan dan tarikh lahir aku. Aku tiba-tiba terasa seperti baru menghabiskan segelas kopi goji tongkat Ali plus apabila mendengar ayat sebegitu power daripada pakar motivasi tersebut. Sejak dari detik itu, aku tumpukan perhatian serius ceramah motivasi yang disampaikan oleh pakar tersebut termasuklah apabila dia berceramah di TV.

Power ayatnya tidak terungkap!

Moral of the story:
18 Mac ni birthday gua der.

13 comments:

  1. Selamat hari lahir pada CikLi pada 18 Mac, Siang dah ucapkan takut nak tak singgah pulak di blog ni pada 18 Mac.

    Semoga terus menulis yer

    ReplyDelete
  2. selamat hari ulangtahun, bro. moga hidup akan lebih dirahmati oleh tuhan. dan makin ligat menulis. pasti satu masa akan diminta untuk memberi ceramah motivasi, sape tahu kan..

    selamat panjang usia.

    ReplyDelete
  3. Hepi bezday Tuan. Semoga miliki baki usia yg barokah. Amiin.

    ReplyDelete
  4. hepi becoming besday! ehhhh.. besday dekat ngan aq laaa..tp dh lepas..hiiiii

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Lahir Cikli. Semoga panjang umur, sihat, bahagia bersama keluarga tersayang, murah rezeki & diberkati Illahi...
    Amin

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir CIKLI..hadiah bulih tuntut dengan PUAN KAJOL..

    ReplyDelete
  7. Ulangtahun Kelahiran Ke - 41 (+Sehari) Semoga Saudara Dikelilingi Orang Yg Baik2 & Dijauhi Do'a Org Yg Teraniaya.

    ReplyDelete
  8. Tak terlambat lagi kot nak wish happy birthday walau dah terlepas 2 hari, “Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu Allah selamatkan Cik Li sekeluarga. Allah selamatkan kamu.”

    ReplyDelete
  9. Lepas ni lebih bermotivasi la Cikli walaupun sekarang pun dah bermotivasi.
    Cikli pun apa kurangnya, bijak bermotivasi dalam apa jua keadaan.

    ReplyDelete
  10. So... ironinya jgn pandang sebelah mata pada pakar motivasi - mereka diberi Allah kelebihan. Walau apa pun kakak terlewat nak ucap selamat ulangtahun. Tarikh tu kakak berada di tanah suci - blog tak tengok pun.

    Moga terus mendapat limpahan kerberkatan dan rahmat Allah - usia dan bertambah dik..

    ReplyDelete
  11. A motivating discussion is definitely worth comment. I do believe that you need to publish more on this subject, it
    might not be a taboo subject but generally people do not talk about these subjects.
    To the next! Best wishes!!

    my webpage ... http://wiki.edu54.ru/index.php?title=Участник:LanmeB03

    ReplyDelete
  12. My spouse and I stumbled over here different page and thought I might check things out.

    I like what I see so now i'm following you. Look forward to looking over your web page again.

    Feel free to visit my page http://www.cvtvchannel.com/index.php?option=com_blog&view=comments&pid=648395

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...