Sunday, May 19, 2013

Air Asia Punya Pukulan

Boikot Jangan Tak Boikot
Sambil tengok bola di kedai mamak, sempat lagi Man Bakar dan Setapa berborak isu-isu berkepentingan nasional.

"Mulai hari ni, aku boikot Air Asia, Air Asia X, Y, Z, semua aku boikot," Setapa memulakan bicara politik berkepentingan nasional dan berketuanan Melayu.

"Aku setuju Pa, aku pun akan boikot apa-apa benda berkaitan dengan Air Asia selagi bos Air Asia X yang lupa diri tu tak minta maaf pada Utusan, oppsss pada Melayu," Man Bakar mengiyakan. Penuh semangat.

Tiba-tiba  satu kedai mamak bersorak.
Jersi QPR,
kebanggaan rakyat Malaysia
GOOOOOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
GOOOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL

Setapa dan Man Bakar turut bersorak riang sampai naik atas meja kedai mamak sambil bangga menayangkan jersi yang dipakai mereka dengan penuh bangga.

"Hidup QPR! !!! Hidup QPR!"

Laung Man Bakar dan Setapa bersama-sama.


12 comments:

  1. Salam Laman Muhandis,
    Tahniah! Seronok cerita ni ...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. menang yang tak membawa apa-apa.

    ReplyDelete
  4. Yang ni makchaq setuju cikli....

    Bila permintaan menurun (750,000 orang tu tak mau naik AA) mesti harga lagi turun.. dapat la kita naik AA dengan tambang lagi murah...

    (Lama dah tak baca utusan..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Matchaq pernah tak, nak naik air asia, tersalah naik mas..hahaha
      Setuju dgn pandangan Makchaq.

      Delete
  5. Kalau MAS turunkan harganya, gerenti Air Asia tak laku lagi. Tapi tahniah buat Air Asia sbb berani hentam puak rasis cap keris berkarat.

    ReplyDelete
  6. Harry Redknapp ancam boikot Air Asia selepas berang QPR sah menamatkan saingan liga perdana inggeris di tempat tercorot pabila tewas 0-1 kepada Liverpool hasil jaringan tunggal Philippe Coutinho. Utusan Malaysia melaporkan dia akan bertemu pengerusi kelab TS Tony Fernandes bulan ini untuk urusan boikot itu.

    ReplyDelete
  7. Utusan dan AA macam nak berentap pulak dah.
    Hari ini org yg tersangkut dah balik M'sia pun.
    Macam-macam kes.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...