Tuesday, May 28, 2013

Dunia Akhir Zaman

Seorang jejaka hensem berkerjaya model dan pelakon merungut kepada kawannya. Sesuatu yang peribadi.

"Aku marah betul dengan ibu aku sendiri. Dia dah melampau, tak patut....."

Kawan yang mendengar hanya diam, biarkan orang melepaskan segala yang terbuku dikepala hotak dia.

"Mulai hari ini aku tak nak ambil pot lagi pasal orang tua tu. Aku mampu berdikari... Selama ini pun segala makan pakai aku, aku tanggung sendiri dengan hasil kerja yang aku usahakan sendiri," sambung model hensem itu lagi.

"Bro, muka kau yang hensem, laku dalam TV dan majalah tu saling tak tumpah macam ibumu," kata kawannya sambil mengorder segelas air barli panas lagi.


4 comments:

  1. Dasar anak tak sedar diri.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Memang best cerita ni ...

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang kita hanya hebat kerana doa ibu dan ayah kita... tanpa doa mereka, kita sebenarnya bukan siapa-siapa...


    ReplyDelete
  4. Dulu masa kecik dah boleh berdikari ke? Siapa cuci berak/kencing?
    Tunggulah balasan Allah tak payah tunggu kiamat akan tiba juga.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...