Monday, May 6, 2013

Dosa Hari Ini

Boleh pula banner ni berada di sini!!
Selesai mengundi aku berjalan keluar dari pusat pengundian. Mataku tertumpu pada satu banner di luar pagar sekolah yang menjadi pusat mengundi. Aku berhenti dan membaca tulisan pada banner tersebut.

"Takde apa dah lah. Berdosa lah ambo hari ni," aku berkata kepada seorang pakcik yang berada berhampiran.

"Kenapa?" Tanya si pakcik.

"Ambo undi Pas takdi....." Beritahu aku tanpa berselindung, sambil mata aku terus berpaling daripada banner yang menyatakan 'fatwa' seorang-dua 'tok guru' yang terang-terangan menghukumkan HARAM mengundi Pas.

2 comments:

  1. "Pokcik pong pakoh PAS jugok...aaa sudoh kijo," kata Pakcik tadi sambil menggaru kepala dia yang tak banyak uban sebab kepala dah hampir botak kerana banyak fikir masalah rasuah dan fitnah dalam negara.

    ReplyDelete
  2. Kakak macam kata Pak Jabit samalah kakak juga nie. Pening semakin pening, pusing makin pusing sebab hari-hari melihat benda yg terang-terang dipusing-pusingkan..

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...