Thursday, September 11, 2008

Kelantan Umpama Ramadhan


.


Bismillahirrahmanirrahim.


Jika negeri-negeri itu bulan, Kelantan adalah bulan Ramadhan.


Tiba sahaja bulan penuh barakah Ramadhan, berpusu-pusu orang mengerjakan kebaikan. Yang wajib of course, yang sunat semacam murtabak, habis dipulun sama.


Yang taik judi cuba berhenti, yang merokok berazam menjauhi tembakau, yang tak hormat orang tua dah mula membahasakan diri ambo apabila berjumpa orang berjanggut walaupun sejemput, anak-anak sampai kepada datuk-datuk, besar-kecil, kaya-miskin, glamour-tak dikenali langsung semua merebut mengerjakan kebajikan. Yang tak pernah endah azan pun paling rajin menghabiskan tarawih. Alhamdulillah, itulah kelebihan dan keberkatan Ramadhan.


Yang ada rezeki lebih mengambil peluang ke Mekah mengerjakan umrah atau ke Taiwan untuk meneruskan jihad dalam bidang pertanian yang semestinya akan menaikkan taraf ekonomi orang Melayu Islam yang ramai menceburi bidang ini.


Anak-anak yatim pun turut diraikan pada bulan ini, bukan hanya dengan wang ringgit dan baju raya, juga dengan alunan lagu penghibur-penghibur cendawan masakini.


Selepas Ramadhan, ada orang yang alhamdulillah terus istiqamah melakukan kebaikan yang sama. Ada juga yang memerlukan Ramadhan yang akan datang untuk mencuba lagi. Tidak ada Ramadhan Julai macam kertas BM SPM.


Begitulah negeri Kelantan, Bila Tok Guru berada di kerusi teratas, setiap jiwa yang masuk ke Kelantan semacam berniat di miqat apabila sampai sahaja di sempadan negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga Cik Siti Wan Kembang ini.


Semacam semuanya mengharapkan yang baik-baik sepanjang berada di negeri ini. Mereka turut sama memakmurkan masjid dan surau apabila masuk waktu, berpakaian sopan, bertudung, bercakap pasal akhirat dan macam-macam kebaikan lagi.


PM Pak Lah sendiri menyantuni Tok Guru dengan memimpin tangannya turun pentas apabila berada di Kelantan semasa pelancaran ECER. Hishamuddin turut sama memimpin tangan Tok Guru di majlis yang lain setelah berucap dengan cukup lunak untuk turut sama memperkasakan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebelumnya.


TPM, Datuk Seri Najib pun bercakap pasal pembinaan masjid dan Pusat Ketamadunan Islam apabila berada di Kelantan, iaitu semasa merasmikan majlis pecah tanah untuk membina masjid baru anNur Guchil di atas tapak Masjid Guchil sedia ada yang selama ini menjadi mercu tanda Guchil dan tersergam gagah di atas puncak tertinggi di Guchil yang pernah dirasmikan oleh ayahandanya Tun Razak pada 1968.


Pegawai BPR pun turut sama berjemaah Asar dalam pejabat Tok Guru apabila masuk waktu sembahyang walaupun sessi penyiasatan ke atas Tok Guru sedang dijalankan. Tok Guru disiasat kerana tidak memberitahu kepada BPR bahawa beliau telah menolak rasuah sejuta daripada tauke balak belasan tahun lepas.


Selepas balik dari Kelantan, semacam Ramadhan juga, ada yang istiqamah dengan apa yang dilakukan di Kelantan dan ada yang tidak.


Ketua Puteri Umno, Noraini Ahmad dilihat pertama kali bertudung apabila bermatian berkempen di Pengkalan Pasir, Pasir Mas Kelantan, semasa Pilihanraya Kecil di situ hujung tahun 2005. Alhamdulillah beliau istiqamah bertudung sampai menjadi Timbalan Menteri sekarang.

Anak muda tersohor Khairi Jamaluddin juga berpakaian lebai dan turut melakukan banyak kebajikan termasuk mengimarahkan surau semasa kempen Pilihanraya Kecil yang sama di Kelantan itu. Selepas itu beliau tidak lagi dilihat berpakaian lebai walaubagaimanapun beliau masih menutup aurat.


Itulah hebatnya Kelantan negeri tadahan wahyu. Walaupun tidak dipaksa, tetapi orang yang mendatanginya semacam memestikan diri membuat yang baik-baik sahaja apabila bermusafir ke negeri yang menurut Tok Guru sendiri,


....ramai ulamak berjalan di atas muka buminya dan ramai ulamak juga di dalam perut buminya...


Betapa ruginya orang yang lahir dan menetap di Kelantan tetapi jengkel untuk melakukan kebaikan malah berusaha untuk menjatuhkan pemerintahan Tok Guru siang, malam atau lima tahun sekali! Kamu bagaikan berada dalam Ramadhan sepanjang tahun bah......


Tepuk dada, tanya iman.


Welcome to Kelantan Darul Mubarak. Peace.


.

12 comments:

  1. tahun ni balik kelate ka.....

    ReplyDelete
  2. Zulk: ambo balik sokmo jupo mak setiap kali ada peluang. anak2 dgn mama dia je jd pemastautin tetap sabah.

    **bagi klu sikit gu, kalu hulk tu ingat selalu hak hijau hijau tu.

    ReplyDelete
  3. Menurut kajian isteri ana, di antara perbezaan makanan pagi di negeri Terengganu dan Kelantan. Di Terengganu nasi bermacam jenis tapi lauk tidak banyak. Paling banyak ikan tongkol. Di Kelantan, nasi tak byk tapi lauk banyak jenis bah.

    ReplyDelete
  4. laaa balik sore ape kelah......ore saboh ko

    ReplyDelete
  5. pokmudo: isteri anta tak buat research di Taiwan ko?

    zulk: klu gerangan ente le. ana masih tak terbayang gerangan ente ni.

    ReplyDelete
  6. TErasa pulak nak makang
    Nasik Dagang kelate....

    ReplyDelete
  7. Bilo baca tulisan demo...kawe dok sabar2 nak mintok tukar balik klate plak...

    ReplyDelete
  8. Demo hati2 sket..lo ni ramai duk nulis blog keno ISA...he he he...

    ReplyDelete
  9. mcm masuk mahkamah syariah semua pakai songkok/tudung tp takdok plok undang2 suruh jadi lebai bila mai kelate... bakpo hipokrit?

    ReplyDelete
  10. menurut kajian isteri ana pulok, di antara beza makanan pahang dgn england iolah makanan pahang acap beli, england kena masak sediri..

    ReplyDelete
  11. bilo baco hok demo tulis raso tok saba nok kelik sebab doh kat lape tahun tok kelik nok make nasi kabu mek kawe mmmmm.....

    ReplyDelete
  12. semua pakat nak make nasik dagang dgn kerabu. kalu gitu pakat kawin dgn oghe kelate la blako lakos. tp cari hak pandai masak la.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...