Saturday, September 5, 2009

Cerita Puasa Versi Recycle



Adik terhegeh-hegeh menolak wheel barrow yang penuh berisi buah sawit ke tempat pengumpulan. Itulah kerja adik sementara menunggu result SPM 1991.

"Lu posa ka?" Tanya seorang penyelia apek.

"Posa"

"Waa... talak letih ke...itu olang pun Melayu, tapi talak posa pun", kata apek lagi sambil menunjuk ke arah orang yang dimaksudkan.

"Kenapa lu posa ma?" Tanya apek lagi.

"Bila lapar, kita ingat sama orang miskin yang takde makanan", adik jawab sama seperti apa yang ustaz, ustazah dan lebai-lebai cakap.

"Olang miskin tak payah posa la? hari-hari lapar" Apek menimbulkan persoalan yang adik tak kuasa nak menjawabnya. Lagipun kerja kutip sawit dibulan puasa dengan matahari khatulistiwa di atas kepala benar-benar merujakan dan mencerokkan perut.

Terima kasih banyak-banyak kepada apek kerana mengajar adik erti kehambaan yang sebenarnya. Kerana Allah lah kita berpuasa, kerana kita hamba Nya, dan Dia Tuan kita. Tuan suruh, kita kena buatlah. Tak buat kena marah, jika Tuan marah, mana hamba nak mengadu?

Ingat orang miskin, bagi rest enjin perut, mencerdaskan akal, melatih kesabaran etc etc itu semua adalah hikmah berpuasa yang diberikan oleh Allah kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang.

Kadang-kadang hikmah ini untuk orang yang terlalu berakal yang hendakkan reasons dan benefits untuk setiap tindakan hatta dalam persoalan pengabdian kepada Tuhan.

Kalau adik jumpa penyelia apek tu lagi, balik dari oversea ni adik nak belanja makan.
***Adik masih di Oversea. Salam kemaafan dan Hari Raya daripada Kanda sekeluarga.

1 comment:

  1. Puasalah yang mengajarkan kita segalanya. Mengajar kita supaya MENAHAN segala kehendak hati dan nafsu. Diri sendirilah yang mengukur sejauh mana puasa itu dapat menahan segala itu. Tepuk dan tanya iman dalam dada tu.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...