"Ustaz kata doa kita di bulan puasa cepat dimakbulkan Allah", Salsa mula berbicara semasa aku mengambilnya dari sekolah.
Aku tetap menumpukan perhatian pada jalan raya. Hari ini hujan sejak daripada subuh lagi. Sekejap lebat, sekejap renyai.
Salsa menyambung,
"Pagi tadi kakak bangun, dapat tengok Digimon. Seronoknya!"
Memang pagi tadi Salsa tidak ke sekolah agama. Aku biarkan saja dia tidur. Lagipun hujan lebat masa tu. Nanti takut demam pulak.
"Doa kakak termakbul abah...." Sambung Salsa lagi.
Eh! Aku tersentak.
"Kakak doa nak tengok Digimon? Bila kakak doa?" Soalku dengan riak pelik.
"A..aaa... Kakak doa masa sembahyang Maghrib. Allah makbulkan, betul kata Ustaz, abah," Salsa berkata gembira sambil gelak-gelak kecil, menampakkan gusi depannya yang rongak.
"Ada ke doa benda macam tu....." Protes aku.
Salsa terus gelak gembira.
"Ketawa la abah. Kelakar kan....."Kata Salsa lagi.
"Abah tak tahu nak ketawa ke nak menangis....."Jawabku jujur.
alhamdulillah.wlaupun salsa msih kecil tp dia dah mengetahui bhw Allah itu maha pemurah dan maha memakbul doa... 'ajarilah anak2 mengenal Allah lebih dekat,amiiin'
ReplyDeleteDoá orang yang teraniaya makbul.
ReplyDelete