Thursday, January 8, 2009

Salsabila dan Palestin

,

Semasa menjemput Salsabila dari sekolah selepas habis kerja, saya mengambil peluang menasihatinya.

Saya katakan, Kakak kena bangun awal, bersiap awal. Kalau Mama kejutkan, terus bangun, mandi, pakai baju sekolah. Kesian Mama, kalau kena hantar Kakak ke sekolah agama lagi, hantar Yong ke Pasti lagi, baby kecil lagi, kena masak lagi, siap rumah lagi, hantar Kakak sekolah SK lagi.

Kalau Kakak awal, pagi abah boleh hantar, kalau lewat nanti abah masuk kerja lewat. Nanti kena marah ke bos abah.

Begitu berdiplomasi saya berucap dalam kereta, sambil menunggu api hijau. Yalah, saya kenal sangat dengan Salsabila. Dia tak suka dipaksa. Cakap kena lembut-lembut.

“Kalau Kakak ada kuasa kan bagus.....Kakak boleh ada sayap,” Salsabila bersuara apabila saya berhenti berucap.

“Kakak terbang je ke sekolah..... kan abah?” Tambah Salsabila.

“Kenapa Kakak fikir sampai macam tu?” saya bertanya balik.

Memang saya tahu ini mesti pengaruh kartun. Salsabila memang hantu kartun, semua dia tak miss. Hagemaru, Ninja Boy, Popeye, Detective Conan, Sergeant Keroro, Kyo Kara Maoh, Slam Dunk, Yakitate! Japan, B-Daman Fire Spirit, Digimon, Doraemon, Pokemon, Postman Pat, Bob the Builder, Jim Jam and Sunny, Fiffy and The Flowetots, Spiderman ............. asalkan Kartun dan Anime, semua dia tengok. Itupun nasib baik saya dah unsubscribe Cartoon Network. Kalau tak, sayapun join sama.

“Kalau boleh terbang, abah tak payah hantar Kakak. Abah tak lewatlah ke pejabat,” senangnya solution anak-anak.

“Kalau hujan macam mana?” Saya saja menduga.

“Kakak gunalah kuasa untuk lindung hujan”

Salsabila, abahpun kalau ada kuasa, abah pergi fire macam Ultraman semua pengganas Yahudi di Palestin termasuk pemimpin Fatah dan Negara-negara Teluk yang mangkuk ayun.


9 comments:

  1. Fuhh! kalau... 2 hari lepas saya terperanjat dengan jeritan seorang wanita di dalam sebuah van, "ular tu!" sambil menunjuk ke arah saya. Apa lagi saya melompat dan seorang lelaki memijak dengan kasut kepala ular itu sambil menenyek2 ke jalan raya. Alangkah terkejut untuk kedua kalinya saya apabila diberitahu wanita tadi yang ular itu sebenarnya berada di atas bahu saya. Menurut lelaki itu, sungguhpun ular itu dari spesis kecil namun berbisa. Wanita itu beberapa kali menggunakan perkataan "kalau"... hai, kalau ia masuk ke dalam baju tadi,mahunya..., hai kalau jatuh atas kepala tadi...bahaya... Rimas saya dan potong saya, "Sudah2 le "kalau" tu..."
    Rasa2nya, ular itu jatuh dari lubang bangunan atas yang dijadikan sarang burung layang2.
    "Thanks Allah"

    ReplyDelete
  2. orang kata itu tanda rezeki nak mai, banyak tu.

    arwah abah dulu pegang tenyeh jer, anak sampai lari tergelejat?

    ReplyDelete
  3. 'kalau' ular jatuh atas bahu maknanya rezeki banyak nak mai, nasib baik x jatuh atas kepala 'kalau' x rezeki nak tambah sorang lagi tuu..hehehe


    kamal melaka

    ReplyDelete
  4. Hmmm bilalah ultraman ni nak berangkat ke Isreal ni....

    ReplyDelete
  5. biar aku tafsir,

    ore tino mimpi patuk d-ular maknenyo ado ore nok minang...

    pok mudo pulok ular jatuh atah bahu... pahtu keno pijok2 palo atah tembok sapa mapuh... hmm hmm

    maknonye ado ore tino nok ko pokmudo, tp mokmudo tenyeh2 muko dio sampai serik.. huhuhu

    CankerSaurus

    ReplyDelete
  6. kamal,
    tambah anak anytime. walaupun pokmudo pernah panjat pokok betik, tapi ternyata mitos belaka.

    hashim,
    ultraman tengah sibuk scan pengundi hantu di kt. kena slow-slow. takut terfire kena isa pulak ultraman.

    kanker,
    ular pas tu, sebab tu tak ketik.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...