Monday, January 26, 2009

Edisi Gerhana


Walaupun di kejauhan melampaui 2 marhalah, Gunung Kinabalu tetap gagah kelihatan. Namun masih tidak sanggup untuk menjadi khalifah di muka bumi.


Team Sembulan berkejar ke lokasi pilihan, tepian laut bersebelahan Sutera Harbour.




Berbekalkan kamera digital Olympus FE-360 untuk merakamkan fenomena seperti ini ibarat melempar anak batu ke arah Apache Israel. Tak nampak pun mana gerhananya.
.
Lebih kurang pukul 5.53 ptg dikatakan masa kemuncak untuk pemerhati dari Kota Kinabalu dengan peratus gerhana sebanyak 75.3%. Dan inilah yang dapat anak batu (baca: Olympus FE-360) ini rakamkan.
.


Saat matahari hampir terbenam, bulan berada di tengah-tengah matahari. Kelihatan bentuk annular matahari walaupun dilindungi awan berat.
.
Bulan berada di kedudukan 'apogee' pada orbitnya yang bujur. Oleh itu, cerah matahari tetap dominan walaupun ia kurang 25% daripada masa biasanya. Kota Kinabalu tidak bergelap seperti sesetengah kata-kata.
.
Jika 'bulan' mahu lenyapkan ke'dominan'an 'matahari', bulan perlu sentiasa berada pada kedudukan 'perigee' iaitu paling dekat dengan 'bumi' pada elip orbitnya. Lalu jika bulan, matahari dan bumi sejajar, kedudukan 'perigee' ini membuatkan bulan yang kelihatan besar dari bumi berjaya menutupi keseluruhan matahari. Tiada lagi cerahan daripada annulus yang tinggal.
.
Inilah caranya melawan makhluk yang besar. Dekatkan diri anda dengan pihak ketiga. Anda akan kelihatan besar. Lagipun lawan anda bukan jenis mendekati pihak ketiga, hanya proksi. Hanya proksi. Ada faham...
.

6.15 ptg lebih-kurang. Matahari dah terbenam. Giliran Asal dan orang Semenanjung pula.
.
Gerhana dikatakan paling jelas kelihatan di Tawau iaitu 81.9%. Melihat gerhana di Kota Kinabalu berbanding Tawau geografinya seperti Kuala Krai, Kelantan dan Sungai Udang, Melaka.
.
Talhah sudah gerhana, jom balik. Solatul Maghrib. Subhanallah.


.

6 comments:

  1. sedang anak batu Daud as kecil menewaskan Jalut, Cikli. and the ring is between the stairy skies and the sea. Subhanallah! The biggest ring ever!

    ReplyDelete
  2. En Garam,
    laporan ni menarik juga, di Kuala Terenganu pun dikatakan dapat tengok. Tapi tak ada apa2 perbezaan pun.

    ReplyDelete
  3. asal : silapnya saya tak letakkan spek hitam depan lensa kamera anak batu saya. mungkin jelas cincinnya jika buat begitu.

    akula : orang kuala trengganu masih demam bulan purnama bah.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Cikli.. Semoga dengan berlakunya gerhana kelmarin, mengingatkan aku, bahawa segalanya Allah yang menentukannya. Janganlah aku ini makhluk ciptaanNYA, nak memandai-mandai. Demo keno cari sa DSLR.. Heheheheee

    ReplyDelete
  5. Tengok dalam mangkok air sudah le..

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...