Tuesday, January 6, 2009

2 Anak Soleh

Assalamualaikum

Selamat kembali ke sekolah kepada anak-anak.

Masing-masing ibubapa menumpukan kepada anak masing-masing. Ada baiknya juga sekali sekala kita hiraukan anak-anak orang lain sama. Yang baik dikongsi. Yang buruk disempadani. Yang banyak dibahagi. Yang sedikit dikongsi. Senang pakat dinikmati. Susah pakat dibebani.



Wajah-wajah riang. Salsabila ceria bersama kawan-kawan.



Jalan jem. Masing-masing bersemangat menghantar anak-anak direct to the teachers' laps.



2 anak menyantuni ibu tersayang. Semasa melepasi kereta saya yang terperangkap di dalam kesesakan, saya dapati ibu mereka mempunyai masalah penglihatan. Sebab itulah si ibu berpaut kejap pada si abang sambil memimpin si adik. Mendekati sekilometer kemudian, saya melihat mereka sedang menunggu di perhentian bas. Berapa jauh lagi perjalanan mereka ke rumah?

Saya doakan abang dan adik terus menjadi anak yang soleh.

Ya Allah. Murahkanlah rezeki mereka dunia dan akhirat. Amin.

2 comments:

  1. Hidup memerlukan roh dan roh yang terbaik adalah anak yang soleh/solehah

    ReplyDelete
  2. tahun ni thn ke dua anak saya kesekolah.
    Ni antara pengorbanan seorang ibu untuk memberi anak anak berilmu.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...